Cara Aliff Syukri Dapat RM53 Ribu Daripada Google.


Beberapa hari lepas, hangat diperkatakan tentang video yang dimuatnaik oleh Datuk Aliff Syukri. Dalam video tersebut, beliau melonjak kegembiraan apabila menerima wang daripada Google Malaysia sebanyak RM53,000!!

Rata-rata netizen cuba menafikan kegembiraan pemilik D’Herbs. Mereka tertanya-tanya kesahihan berita tersebut. Betul ke Google suka-suka beri wang tunai sebanyak itu? Walhal beliau sentiasa dikecam setiap kali memuatnaik apa sahaja konten di media sosial seperti Instagram, Facebook, Youtube mahu pun blog.

Tertanya ramai lagi netizen Malaysia yang masih belum tahu potensi buat duit di media sosial. Mereka hanya tahu mengecam dan meng’kondem’ sahaja.

Jadi, bagaimana cara Aliff Syukri buat duit daripada internet?

1# Buat Duit Dengan Blog.

Jika anda mempunyai laman sesawang atau blog, dengan menjadi ejen pengiklan kepada Google, anda berpeluang buat duit tanpa had! Caranya adalah mendaftar dengan Google, letak ‘coding’ di blog dan cari trafik masuk ke blog anda!

2# Buat Duit Dengan Youtube.

Jika anda mengikuti saluran YouTube miliknya iaitu TV Terlajak Laris, setakat ini sudah mempunyai lebih 340,000 pelanggan. Boleh dikatakan semua video yang dimuat naik di saluran tersebut menerima jumlah tontonan yang tinggi dan menerima ribuan komen daripada netizen. Semakin banyak tontonan, semakin banyak wang yang terkumpul daripada pengiklanan di Youtube.

Kisah Aliff Syukri dapat duit daripada Google sama kisah dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, Ryan yang petah berkata-kata dan bijak membuat ulasan mengenai barang permainan didedahkan sebagai bintang muda menerima bayaran tertinggi YouTube iaitu US$22 juta (RM92 juta).

toy review

Anggaran yang dibuat majalah Forbes itu mendapati Ryan menerusi ‘Ryan ToysReview’ mengatasi Jake Paul sebanyak US$500,000 (RM2 juta) selama 12 bulan hingga Jun.

Pilihan di tangan anda. Sama ada untuk menggunakan media sosial sebagai lubuk duit atau hanya sekadar menjadi ‘keyboard warrior’ yang pastinya tidak memperoleh apa-apa pulangan.

 


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini