Ketam goreng masak telur masin. Nyumy~!!..salah satu menu kegemaran ramai apabila bercerita tentang masakan ketam. Namun, masih ramai yang belum tahu cara mengenalpasti jantina ketam. Eh, kandungan isi ketam betina dan ketam jantan adalah berbeza.
Jom kami kongsikan cara mengenali jantina ketam, yang mana satu betina, yang mana satu jantan?
1. Ketam jantan bahagian bawah dia bentuk segitiga tirus. Saiz lebih kecil dan lebih ringan dari ketam betina.
2. Ketam betina bahagian bawah dia bentuk segitiga bulat. Kadang ada telur atau warna hitam di bawah segitiga tu. Lebih besar dan lebih berat dari ketam jantan.
3. Ketam betina mempunyai isi yang lebih padat dan kalau dapat isi segar, isinya kenyal sekeping sekeping.
4. Ketam jantan isinya walau sikit, namun lebih manis dan isinya lebih lembik dan bersatu.
5. Masa pilih ketam tu, ketam betina memang lebih berat timbangannya kalau kita timbang guna tangan.
6. Pilih ketam yang baunya bau laut. Bau masin air laut gitu. Kalau bau dia hanyir, sila tinggalkan ketam tu dan lari jauh-jauh. Itu tandanya ketam tersebut sudah lama, tidak segar lagi.
7. Pastikan semua sepit dan kaki-kakinya ada sekali. Barulah ketam tu lebih fresh berbanding ketam yang tertanggal segala kaki. Rugilah beli ketam tanpa kaki.
Ada jenis orang yang sukakan ketam jantan. Ada yang tidak kisah, jantan atau betina, asalkan bukan khunsa. hehe..
Pada kami, kalau dapat ketam betina yang ada telur, memang puas hati. Isi padat, isi kental pasti lebih mengenyangkan, kan? Anda pula bagaimana?