•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Di artikel sebelum ini kami ada menjelaskan tentang kekeliruan ummat Islam dalam menetapkan hari untuk berpuasa Arafah, iaitu samada hendak mengikut hari wukuf di Arafah di Saudi ataupun perlu mengikut tarikh Hijriah 9 Zuhijjah.

Di artikel kali ini kami akann berkongsi cara lafaz niat puasa hari Arafah. Ini untuk membezakan puasa ini daripada puasa sunat dan wajib yang lain. Ini adalah panduan lafaz niat sahaja. Adapun niat sebenar adalah lintasan hati sahaja pun sudah dikira niat. Cuma kita hendaklah memahami puasa yang bakal kita laksanakan ini. Sebab itulah perlu kita hayati lafaz puasa ini.

10 hari pertama di bulan Zulhijjah ini sangat istimewa. Ini adalah kerana banyak amalan sunat yang digalakkan untuk dilakukan di dalam masa ini. Selain daripada puasa hari Arafah kita yang tidak berkesempatan menjadi tetamu Allah kali ini, disunatkan untuk me­lakukan pelbagai ibadat sunat yang lain.

Ada beberapa dalil al-Quran dan hadith yang menyebut tentang kelebihannya.

Antaranya, firman Allah SWT yang bermaksud: Demi fajar dan malam yang sepuluh. (al-Fajr: 1-2)

Menurut Ibnu Kathir: Yang dimaksudkan di sini ialah 10 malam yang pertama bulan Zulhijah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. (Hadis riwayat Bukhari)

Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang 10 ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid”. (Riwayat Ahmad)

Banyak galakan daripada hadith dan Al-Quran tentang berpuasa di hari Arafah ini. Sebab itulah puasa ini adalah antara amalan sunat yang utama untuk dilakukan.

Berikut adalah antara amalan sunat yang sangat dianjurkan untuk kita laksanakan dalam 10 hari pertama bulan Zulhijjah:

1. Puasa.

Daripada Hunaidah bin Khalid, daripada isterinya, daripada sebilangan isteri Rasulullah SAW berkata: Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijah, pada hari Asyura (10 Muharam) dan tiga hari pada setiap bulan. (Riwa­yat Ahmad dan Abu Daud)

Baca juga  50 Ayat Yang Boleh Bantu Lancarkan Sebutan Bahasa Inggeris Anda

2. Mengucapkan takbir, tahlil dan tahmid.

Ini berdasarkan ha­dis Ibnu Umar di atas yang me­ngatakan: “Maka perba­nyak­kanlah padanya bertahlil (me­ngucapkan La-ilaha-illallah), ber­takbir (me­ngucapkan Allahu Ak­bar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah)”.

Kata Imam Bukhari: “Ibnu Umar dan Abu Hurairah r.a me­nuju ke pasar pada hari-hari 10 dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut sama bertakbir”.

3. Puasa pada hari Arafah.

Hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zulhijah) kerana amalan ini sabit daripada Rasulullah SAW. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. (Riwayat Muslim)

Bagaimanapun, amalan ini hanya disunatkan untuk orang yang tidak mengerjakan haji.

4. Kelebihan Hari Raya Aidiladha (Yaum an-Nahr) pada 10 Zulhijah.

Kebanyakan orang Islam telah lupa akan kelebihan hari ini. Kebesaran dan kelebihan perhimpunan umat Islam yang begitu ramai dari seluruh pelosok dunia. Sesetengah ulama berpendapat hari ini ialah hari yang paling afdal di dalam setahun sehingga melebihi hari Arafah.

Cara lafaz niat puasa hari Arafah

Ini adalah lafaz niatnya:

Ertinya: Aku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Taala.

Selain daripada lafaz niat yang dicadangkan ini, anda boleh juga berniat dengan contoh lafaz niat ini:

  • Sahaja aku berpuasa sunat esok Hari Arafah kerna Allah Ta’ala
  • Sahaja aku berpuasa sunat Arafah kerna Allah Ta’ala

Syarat-syarat sah puasa sunat Arafah ini adalah seperti juga puasa-puasa yang lain. Begitu juga perkara-perkara yang membatalkannya.

Moga kita mendapat keredhaan Allah dengan amalan-amalan sunat yang kita lakukan. Aameen Yaa Rabbal ‘Aalameen.

Artikel Penuh: #ixzz5Ojjhm8hL
© Utusan Melayu (M) Bhd

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini