Cara mudah untuk blok/filter komen buruk di video youtube anda

Di era yang semakin dikuasai oleh media digital ini, Youtube menjadi seperti satu channel yang mesti ada bagi penyebar-penyebar maklumat di luar sana. Syarikat-syarikat penerbitan media cetak yang dah semkain beralih kepada media digital sudah mula melebarkan sayap media sosial mereka. Contoh terdekat yang anda boleh lihat adalah TV3, Berita Harian, Harian Metro dan lain-lain.

Mereka ini semuanya ada channel Youtube masing-masing yang giat dipromosikan sekarang. Jika anda perasan, di akhir setiap kali Buletin TV3, pasti ada selingan iklan tentang media sosial mereka termasuk channel Youtube.
Trend ini (ada channel Youtube) sebenarnya dah lama dikalangan blogger yang sedar akan peralihan kuasa penyampaian berita ini. Malah ramai dikalangan blogger dan Vlogger yang sudah meraih pendapatan yang tidak kurang lumayan dengan platform Youtube ini.

Apa yang menariknya dengan Youtube ini, selain daripada anda boleh menonton video kreatif, anda juga dapat berinteraksi bukan Sahaja dengan tuan punya channel, malah di antara penonton juga. Ini boleh dilakukan dengan mengoptimasikan ruangan komen yang disediakan di bawah klip video Youtube.

Namun di sebalik interaksi yang positif akan ada yang negatif. Komen-komen yang berbaur hasutan, kutukan, makian dan carutan pasti ada ditinggalkan oleh penonton yang ‘sakit jiwa’. Komen ini kadangkala boleh mengguris hati keluarga terdekat jika dibaca.

Cara menapis komen negatif/buruk di video Youtube

Oleh itu, komen-komen negatif ini eloklah ditapis. Youtube memang prihatin dan ada menyediakan fungsi penapisan komen. Mungkin blogger dan vlogger yang baru tidak sedar akan hal ini.

Kami kongsikan kepada anda cara-cara menapis komen negatif dan buruk di video Youtube yang kami cedok (dengan izin) daripada Vlogger yang sedang meningkat naik, Daus Redscarz.
:

Salam guys, hari ni aku nak share sikit tips pasal Youtube. Mungkin ada yang baru-baru nak belajar youtube macam saya. Jom belajar sama-sama.

Topik “How to Blocked Words”..

Korang tau kan Youtube ni terlalu open to public, jadi sesiapa saja di dunia ni boleh view video korang dan mungkin akan komen kat video korang. Tak salah dorang komen kalau yang baik-baik tapi tak mustahil ada yang komen merapu, spam, komen bad words, komen maki ke, nak kecam dan sebagainya tanpa sedar. Jadi untuk mengelakan benda-benda ni publish kat ruangan komen video, korang boleh set untuk blocked words ni terlebih dahulu supaya komen yang mengandungi blocked words tu di review terlebih dulu sebelum di publish.

Korang boleh rujuk screenshot di bawah atau follow manual ni.

1. Pergi ke youtube Creator Studio –> Community–> Community Settings–>Blocked Words
.

2. Korang type la apa-apa wording untuk diblock dan hanya letak (,)koma untuk next word. 
Cthnya biadap, giler, kejam, dan banyak lagi.. lepas tu save.

3. Next, jika ada pengomen komen mengandungi (blocked words) maka komen akan masuk ke ruang HELD (rujuk gambar) terlebih dulu. Korang boleh review dulu komen tersebut. Sama ada nak publish atau delete.

** Apapun langkah ni tidak menjamin 100 peratus bad komen akan direview. Kadang-kadang spelling dari pengomen pun kita tak boleh teka. Most yang kita boleh teka word general saja. Namun sedikit sebanyak membantu. mengurangkan komen bad words kat video.

Selamat mencuba..

Daus Redscarz
www.youtube.com/dausredscarz

Ok. Anda dah tahu kan? Mudah kan? Jadi sila setkan tapisan komen tesebut dengan segera. Ini kerana komen negatif ini jika tidak ditapis dan disekat segera akan menjangkit penonton lain. Ini mungkin akan menjadi medan komen negatif yang kita sememangnya cuba hindari.
Selamat mencuba..!

Baca juga  Vivo Super FlashCharge 120W, Hanya 5 Min untuk Caj 50%
LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini