Kadang kala terlintas difikiran bagaimana seseorang boleh memiliki pengikut (followers) di instagram yang ramai sedangkan dia bukannya selebriti atau individu yang berpengaruh.
Kebanyakan Instafamouse adalah dikalangan remaja yang memiliki pengikut di akaun instagram mencecah puluhan ribu. Apakah rahsia mereka? Jom kita lihat adakah kaedah yang dikongsikan ini mampu menaikkan jumlah pengikut di akaun instagram. Mana tahu selepas ini kita juga mampu bergelar Instafamouse.
1. Hashtag yang bersesuai dan popular
Gunakan hashtag yang popular dan berkaitan dalam setiap posting di instagram. Gunakan lebih dari 10 hashtag jika perlu, mungkin akaun anda akan dijejaki oleh mereka yang mengikuti hashtag tersebut.
2. Tinggalkan jejak
Anda perlu rajin meninggalkan jejak atau komen di akaun instagram orang lain. Kerajinan anda pasti dibalas oleh pemilik akaun tersebut malah mungkin pengikutnya juga. Walau bagaimanapun elakkan komen berbentuk spam yang tidak disukai orang. Tinggalkan komen yang bersesuaian dengan posting tersebut.
3. Tag lokasi di posting
Selain hashtags, ada juga pengikut yang menjejak berdasarkan lokasi posting. Contohnya apabila anda ke Legoland, tag lokasi di Legoland dan mungkin anda bernasib baik ada orang yang secara tidak sengaja mengintai posting anda melalui tag.
4. Feed Instagram yang menarik
Selain kandungan berkualiti, perhatikan feed Instagram untuk menjadikan akaun anda lebih menarik dan berjaya mencuri tumpuan pelawat. Berusaha untuk menyusun paparan akaun secara kemas dan kreatif.
Sebagai contoh, satu gambar setiap baris menggunakan garis yang sama atau mempunyai tema warna yang sama. Ia memerlukan daya kreativiti.
5. Jadual posting pada waktu puncak
Kenal pasti waktu puncak dimana ramai orang sedang melayari instagram. Contohnya ketika waktu pagi dimana ramai yang sedang melayani Instagram sebelum memulakan kerja. Atau mungkin juga waktu malam ketika sebelum tidur.
6. Anjurkan contest
Ini adalah salah satu cara paling pantas dengan menganjurkan peraduan atau contest dimana syaratnya memerlukan pengikut follow akaun anda dan tag pengikut mereka. Hadiah yang ditawarkan mestilah yang mampu menarik perhatian golongan yang anda sasarkan.
7. Jadi penaja hadiah
Selain anda menganjurkan contest anda sendiri, cara lain yang boleh dilakukan adalah menjadi penaja hadiah kepada contest yang dianjurkan oleh akaun Instagtam orang lain. Syarat yang perlu diletakkan adalah peserta contest perlu follow akaun anda sebagai salah satu syarat penyertaan.
Anda boleh mencuba cara yang dikongsikan berikut bagi menaikkan bilangan pengikut Instagram. Bagi anda yang memiliki perniagaan sendiri, pastinya bilangan followers dapat membantu meningkatkan jualan. Atau jika anda mempunyai ramai pengikut, anda juga boleh mengambil servis review di Instagram.
Jangan lupa untuk follow Instagram Oh Sempoi kerana banyak posting menarik untuk anda.