Dulu pengguna WhatsApp terpaksa lebih berhati-hati apabila menggunakan applikasi whatsapp terutama bila chat dengan beberapa individu ataupun group dalam satu masa. 

Ini adalah untuk mengelakkan tersalah hantar mesej yang dikhaskan kepada individu/group lain kepada rakan/group yang lain yang mana ianya boleh membawa pelbagai reaksi atau kesan jika mesej tersebut adaah sesuatu yang memalukan ataupun perkara rahsia.

Kemudian, pengguna applikasi whatsapp menarik nafas lega apabila applikasi tersebut telah memperkenalkan fungsi ‘Delete for everyone’. Fungsi tersebut memang digunakan secara meluas oleh pengguna whatsapp. Ianya amat membantu bukan sahaja memadam mesej yang tersalah hantar malah mesej ‘typo’ juga boleh dipadam.

Betul ke mesej yang dipadam memang tidak boleh dibaca orang?

Ramai yang rasa secure apabila mesej tersalah hantar oleh mereka dipadam sejurus selepas dihantar dengan menyangka mesej tersebut memang terpadam selamanya.

Tetapi malangnya.. Tidak..! Mesej tersebut masih boleh dibaca oleh pengguna lain sebenarnya.

Ada cara rahsia untuk mendapat semula mesej yang telah dibuang, walaupun sudah lenyap dari skrin.

Hal ini boleh menjejaskan seramai 1 billion pengguna Whatsapp sedunia apabila mesej yang telah mereka buang boleh muncul semula. ~dailymail.co.uk.

Cara mendapatkan semula mesej whatsapp yang telah dipadam mengunakan ‘Delete for everyone’

Caranya mudah sahaja:

1. Delete aplikasi WhatsApp daripada iPhone atau Android

2. Muat turun semula WhatsApp daripada stor aplikasi

3. Log masuk, kemudian memulihkan rekod mesej daripada back-up

Apabila proses back-up mesej telah selesai, semua mesej termasuk yang telah dibuang akan terus muncul.

Baca juga  Monopoli Astro Dalam Perkhidmatan Penyiaran Televisyen Berbayar Bakal Tamat.

Untuk pengetahuan anda, WhatsApp akan menjalankan back-up secara automatik setiap hari pada jam 2 pagi selain menyimpan dalam rekod semua mesej yang dihantar dan diterima.

Cara lain:

Sebenarnya, ini bukan kali pertama isu ‘Delete for everyone’ ini timbul.

Sejurus selepas ciri itu dilancarkan pada November 2017, blog Android Jefe melaporkan bahawa pengguna Android masih boleh melihat mesej yang dibuang.

Ya.. Pengguna tidak dapat melihat semula mesej yang dipadam itu dalam aplikasi WhatsApp, tetapi mesej tersebut masih boleh muncul semula menerusi dua cara.

1. Pengguna boleh meletakkan widget ‘Settings’ pada home screen, di mana pilihan ‘Notification Registration’ akan muncul

atau

2. Pengguna boleh muat turun aplikasi sejarah notifikasi yang menunjukkan semua notifikasi terbaharu, walaupun mesejnya telah dibuang dalam WhatsApp

apps whatsapp history notification boleh diinstall secara percuma di Google Play Store

Hal ini kerana apabila notifikasi muncul di telefon pintar Android, ia secara automatik disimpan dalam log notifikasi.

Haaa.. kalau nak surprisekan kawan anda yang tak tau pasal ni boleh la buat salah satu cara di atas. Dia delete mesej, anda dengan selamba hantar mesej itu kembali ke group whatsapp. 

Tapi awas, perkara ini mungkin boleh membawa kepada perbalahan jika mesej yang dipadam tersebut memang mesej yang rakan tersebut tersalah hantar dan tak mahu ianya diketahui.

Jadi berpada-padalah ya..

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini