Semalam, 3 penyedia eWallet mengalami gangguan rangkaian akibat jumlah trafik ke aplikasi meningkat secara mendadak. Situasi ini disebabkan pengguna eWallet mula menebus RM30 eTunai seperti yang dijanjikan oleh Kerajaan semasa pembentangan Bajet pada tahun lepas.

Pihak kerajaan telah membuat pembentangan Belanjawan 2020 berkenaan peruntukan Rm450 juta bagi insentif eTunai Rakyat. Insentif tersebut telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan di bawah Belanjawan 2020 untuk diagihkan kepada 15 juta rakyat Malaysia. Agihan ini bermula pada 15 Januari 2020.

3 Penyedia eWallat Yang Disahkan Kerajaan.

Untuk makluman, hanya terdapat tiga penyedia eWallet sahaja yang disahkan oleh kerajaan Malaysia bagi perlaksanaan program itu iaitu Touch n GoBoost dan Grabpay.

Syarat Permohonan eTunai Rakyat

Anda perlu tahu hanya sekali sahaja setiap orang dapat tebus RM30 itu dan pastikan anda memenuhi syarat. Syarat permohonan eTunai Rakyat Rm30:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas untuk tahun 2020
  • Pendapatan adalah bawah daripada RM100,000 setahun.

Boleh tebus ketiga-tiga aplikasi ke? RM30 x 3=RM90?? Tidak, pengguna hanya dibenaran menebus pada salah satu aplikasi tersebut.

Cara Tebus RM30 eTunai Rakyat

1# Tebus RM30 di Touch’N Go eWallet

  1. Download Touch’nGo eWallet terlebih dahulu di Appstore/Googleplay.
  2. Sahkan atau verity akaun Tonch’nGo eWallet.
  3. Tebus e-kredit RM30 dan lain-lain ganjaran ekslusif bermula 15 Januari 2020.

2# Tebus RM30 di Boost eWallet

  1. Download app Boost terlebih dahulu di appstore/googleplay
  2. Masukkan butiran yang diperlukan dan ikut arahan selanjutnya.
  3. Upgrade kepada Boost Premium.
  4. Sahkan atau verify akaun Boost.
  5. Dapatkan RM5 cashback jika anda berbelanja RM10 yang pertama.
  6. Klik “Get ready to claim e-Tunai” dan ikut arahan yang diberikan.
  7. Claim e-kredit RM30 dan lain-lain ganjaran ekslusif bermula 15 Januari 2020.

3# Tebus RM30 di GrabPay eWallet

  1. Download app Grab terlebih dahulu appstore/googleplay.
  2. Grabpay memang ada didalam app Grab.
  3. Aktifkan GrabPay
  4. Masukkan nama dan nombor kad pengenalan (IC)
  5. Ambil gambar kad pengenalan
  6. Tekan hantar. Anda akan terima pengesahan jika semunya dihantar dengan betul
  7. Kemudian tekan dan tebus RM30 bermula 15 Januari 2020

Semoga dengan inisiatif sebegini mampu menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan metod pembayaran secara tanpa tunai. Selain selamat, eWallet sebegini lebih memudahkan urusan harian terutama dalam berbelanja.

Baca juga  Barisan Panjang Untuk Berebut Kondom Teh Tarik

Harap-harap tiadalah yang ‘delete’ aplikasi eWallet ini selepas mendapat RM30 daripada Kerajaan!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini