Jika sebelum ini, penggemar filem atau drama bersiri lebih suka menonton menggunakan TV kabel berbayar seperti Astro atau HyppTV, kini ‘trend’ sudah berubah. Mungkin isu utama ialah “asyik asyik filem sama yang ditayangkan”

Hari ini ‘trend’ sudah berubah. Penstriman videa utama, Netflix semakin menjadi pilihan ramai penggemar filem. Namun, bagi mereka yang tidak mempunyai ‘smartTV’, akan menonton filem di Netflix menggunakan smartphone atau laptop.

Sedia maklum, Netflix dikatan satu aplikasi yang menggunakan paling banyak data internet di seluruh dunia. Manakala, menonton menggunakan laptop pula mungkin akan mengganggu aktiviti harian sesetengah orang.

Masih ramai yang tidak mengetahui, Netflix juga boleh ditonton menggunakan PlayStation 4 (PS4). Kami kongsikan di bawah ini perkongsian daripada blogger JMR23 bagaimana menonton Netflix menggunakan PS4.

Step 1: Power up PS4. Pastikan login ke akaun PS4. Di Home Screen, cari TV & Video section. Nanti anda akan nampak ikon Netflix. Pilih ikon itu. Kalau tak jumpa Home Screen, tekan PS button untuk ke situ. Jangan lupa login ke akaun PS4 anda, kalau tak, tak jumpalah TV & Video section tu.

Baca juga  Apple iPhone XS Dan iPhone XS Max Dikuasakan Dengan Cip Pemprosesan A12 Bionic Dan Storan Sehingga 512GB

Step 2: Dah pilih ikon Netflix, anda akan di bawa ke Welcome screen. Kat sini, anda perlu sign in akaun Netflix. Masukkan alamat email dan password.

Step 3: Sekarang, PS4 anda dah disambung ke akaun Netflix. Dah boleh mula cari filem kegemaran atau pun drama-drama dan TV show lain.

Step 4: Kau juga boleh create akaun bersama untuk anak-anak juga. Untuk akaun Dayyan, aku setkan sebagai akaun ‘kids’, jadi Netflix hanya benarkan filem atau siaran yang bersesuai dengan anak-anak. Yang ada adegan panas melampau memang diorang takkan dapat tengok. Aku setkan begini, sebab filem-filem di Netflix ni kebanyakan tak ditapis. Kalau nampak, nampaklah..haha tapi takdelah teruk sangat.

Kami pasti, sebaik sahaja Netflix anda dah aktif, hujung minggu ini anda akan berada di TV menonton filem-filem menarik yang ada di dalam senarai Netflix…Selamat menonton…!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini