Cara Untuk “Force Restart” iPhone (Semua Model)


iOS adalah sistem operasi yang boleh dikatakan yang terbaik pernah dibina. Akan tetapi walau sehebat mana sekalipun sistem operasi sesebuah telefon pintar itu berfungsi, akan ada waktunya dimana pada satu ketika nanti telefon itu akan secara tiba-tiba bertindak tidak responsif.

Didalam situasi yang sangat terdesak, keadaan ini kadang-kala boleh menyebabkan kita hilang sabar sehinggakan memaksa kita untuk cuba “force restart” peranti tersebut.

Seperti yang kita sedia maklum, Apple telah mengeluarkan mempunyai pelbagai jenis model peranti iPhone dan iPad. Dan dari segi reka bentuk, ianya tidak jauh berbeza daripada model yang sebelum-sebelumnya.

Namun begitu, setiap jenis model peranti mempunyai cara “force restart” nya yang tersendiri. Untuk mengetahui bagaimanakah cara yang diperlukan bagi sesebuah model peranti Apple untuk di “force restart” kan, sila rujuk tutorial dibawah.

Untuk iPhone generasi pertama sehingga iPhone SE

Ini termasuklah iPhone generasi pertama, iPhone 3G, iPhone 3GS, iPhone 4/4s, iPhone 5/5c/5s, dan iPhone SE.

  1. Tekan butang home dan sleep/wake (dibahagian atas) untuk lebih kurang 10 saat sehingga keluar logo.
  2. Tunggu lagi 10-20 saat sehingga paparan home kembali.
Gambar: hongkiat.com

Note: Cara ini juga boleh diguna pakai untuk kesemua jenis model iPad.

iPhone 6/6 Plus/6s Plus

  1. Tekan butang home dan sleep/wake (disebelah kanan) untuk 10 seconds sehingga keluar logo.
  2. Tunggu lagi 10-20 saat sehingga paparan home kembali.
Gambar: hongkiat.com

iPhone 7/7 Plus

Tekan butang sleep/wake dan volume menurun sehingga keluar logo.

Gambar: hongkiat.com

iPhone 8/8 Plus, iPhone X

Bagi model iPhone terbaru ini, cara agak lain.

  1. Tekan butang volume menaik.
  2. Tekan butang volume menurun.
  3. Tekan dan hold butang sleep/wake (disebelah kanan) sehingga keluar logo.
Gambar: hongkiat.com

Ya, itu sahaja cara untuk force restart semua jenis model iPhone. Anda boleh bookmark dan kongsikan entri ini untuk kemudahan orang lain juga.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini