Cara Yang Betul Simpan Stock Ubat Di Rumah


Sudah menjadi kebiasaan untuk kita menyediakan bekalan ubat di rumah sebagai salah satu keperluan kesihatan. Namun tahukah anda bagaimana cara penyimpanan ubat yang sebetulnya?

Ada pelbagai cara simpanan yang biasanya boleh dilihat di rumah. Ada yang suka simpan ubat dalam peti sejuk. Alasannya supaya ubat boleh tahan lama. Ada yang suka simpan ubat di dapur. Alasannya senang nak makan ubat dan teguk air masak sekali jalan. Ada yang suka campur ubat dalam satu bekas yang sama. Ada yang suka simpan ubat dalam bag sebab tak nak terlupa andai balik kampung atau pergi bercuti.

Sebanarnya, apa yang perlu kita buat selepas dapat ubat dari farmasi atau klinik adalah SEDIAKAN TEMPAT SIMPANAN UBAT yang sesuai. Jangan letak sebarangan di atas meja atau tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak.

Kebiasaannya ubat yang kita dapat disertakan bersama pamphlet atau risalah kecil.
Sekiranya tiada pamphlet, anda boleh semak tulisan yang tertulis di botol atau kotak ubat. Pastinya ada tertulis cara yang sepatutnya.

Cari ayat yang bertulis ‘Cara Simpanan Ubat’ atau ‘How To Store Or Kept Medicines’.

Kebiasaan ada beberapa arahan cara menyimpan ubat seperti “Sila Simpan Ubat Di Suhu Bilik” atau “Sila Simpan Ubat Di Suhu 2-8 Darjah Selsius” atau “Jauhkan Ubat Dari Cahaya, Bahang, dan Kanak-kanak”. Lebih kurang macam gitulah ayatnya jika diterjemahkan dalam bahasa Malaysia.

  • “Sila Simpan Ubat Di Suhu 2-8 Darjah Selsius” bermaksud anda perlu simpan ubat di dalam peti sejuk (bahagian rak tengah sahaja). Bukan di pintu peti sejuk mahupun bahagian beku. Contoh ubat yang disimpan di peti sejuk adalah insulin yang belum dibuka, supositori dan lain-lain.
  • “Sila Simpan Ubat Di Suhu Bilik” bermaksud anda perlu simpan ubat di dalam bekas tertutup dan letak di ruang yang mudah dilihat tapi tidak mudah di capai oleh kanak-kanak. Pastikan ia jauh dari cahaya panas, bahang dan kelembapan.

INGAT! Ada beberapa perkara yang dilarang dalam menyimpan ubat :

  • JANGAN simpan ubat di dalam kereta kerana ia terdedah dengan suhu panas.
  • JANGAN simpan ubat dalam bilik mandi kerana ia terdedah kepada kelembapan.
  • JANGAN simpan ubat dalam bag tangan kerana ubat jenis pil mudah pecah atau ubat cecair mudah tumpah.
  • JANGAN campur ubat untuk kegunaan luaran dan ubat makan dalam bekas yang sama.
  • JANGAN simpan ubat pil, kapsul dan tablet dalam peti sejuk kerana ia mudah rosak disebabkan kelembapan.
  • JANGAN simpan ubat melebihi tarikh luput

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini