Cara Yang Sangat Mudah Sediakan Aiskrim Goreng


Biasanya jika kita jurang masa yang agak panjang di antara masa makan, perut akan terasa sangat lapar. Ini akan membuka ruang untuk nafsu memujuk kita supaya makan dengan kuantiti yang banyak. Tabiat ini akan mengundang masalah kegemukan, terutama makan di waktu malam.

Jadi untuk elakkan perut terasa lapar, kita boleh amalkan pengambilan makan petang. Makanlah menu-menu yang ringan supaya menyokong perut supaya terus selesa sehingga saat makan malam. Dengan ini, di waktu malam malam nanti anda tidak akan cenderung untuk makan banyak.

Salah satu menu makan petang yang enak dan mengenyangkan yang boleh dihidangkan kepada keluarga anda ialah AisKrim Goreng.

Macamana ya nak sediakan Aiskrim Goreng ni? Ya lah. Aiskrim tapi digoreng… Boleh ke goreng aiskrim? Tak cair ke aiskrim tu masa digoreng? Itu adalah antara rangkaian soalan yang biasa bermain di fikiran orang yang tak pernah mencuba menyediakan menu ini.

Cara sediakan Aiskrim Goreng

kredit: mahamahu.com

Sebenarnya cara untuk menyediakan menu Aiskrim Goreng ni sangatlah mudah. Orang yang tak pandai masak pun boleh buat.

Bahan-bahannya:
1. Roti keping
2. Aiskrim

Cara sediakan:

– ambil satu scoop aiskrim dan letakan di atas sekeping roti
– ambil sekeping lagi roti untuk diletakkan di atas aiskrim tadi.
– jadikan ia seperti sandwich
– kemudian, ambil gelas atas cawan bersaiz sederhana dan tekupkan dengan kuat.
– pastikan bahagian aiskrim tadi di tengah-tengah cawan.
– tekan dengan kuat untuk pastikan bahagian tepi ulatan tu tak bocor.
– kemudian, simpan roti dan aiskrim yang siap ditekap tadi ke dalam peti ais lebih kurang 3 jam.
– kemudian, panaskan minyak dalam kuala untuk proses penggorengan ‘deep fry’.
– pastikan minyak betul-betul panas ya..!
– masukkan roti tadi ke dalam kuali untuk 10 saat SAHAJA..!
– angkat dan toskan sekejap.
– Siap..!

Hidangkan kepada keluarga anda sebagai menu minum petang yang lazat. Mereka pasti akan menyukainya. Selamat mencuba..!


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini