Kehangatan isu Celcom dan Digi yang dikatakan akan digabungkan menjadi satu syarikat akhirnya disahkan CEO Axiata, Jamalusin Ibrahim. Melalui kenyataan yang dibuat, satu entiti gabungan Axiata dan Telenor akan diwujudkan secara rasmi pada suku ketiga tahun ini.
Melalui kata sepakat yang dicapai antara kedua-dua syarikat ini, selain turut melibatkan lebih 300 juta pengguna di sekitar Asia, ianya secara tak langsung menjadikan rangkaian gabungan ini sebagai penawar telekomunikasi terbesar di Malaysia.
Dijangkakan hasil daripada gabungan ini, entiti baru Axiata dan Telenor ini akan memperlihatkan pakej dan pelan terbaru yang lebih menarik dalam usaha mereka untuk menggandakan bilangan pengguna.
Namun sedemikian, proses gabungan serta penjenamaan semula kedua-dua syarikat ini akan mengambil sedikit masa sebelum diumumkan secara rasmi kepada para pengguna.
Tinggal satu persoalan yang menjadi tanda tanya pengguna, adakah gabungan dua jenama ini akan menggunakan nama baru?