•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Antara telefon pintar Vivo yang menjadi tumpuan dan mendahului pesaing di dalam industri ialah Vivo NEX dan Vivo V11. Kenapa dua telefon pintar ini sangat istimewa? Ia adalah kerana spesifikasi dan ciri-cirinya yang mendahului pesaing di dalam industri.

Baca seterusnya untuk ciri-ciri mantap telefon pintar tersebut.

Vivo NEX

Vivo melancarkan “flagship” NEX di Malaysia untuk membawa visi masa depan kepada pengguna. NEX mempunyai paparan “notch-free” ultra FullView ™ dengan nisbah skrin-ke-badan 91.24%. Sebagai produk premium Vivo, NEX mewakili inovasi dalam reka bentuk, prestasi, serta teknologi canggih.

Mencipta pengalaman Bezel-less yang sebenar untuk pengguna

Paparan Ultra FullView ™ NEX datang dalam bentuk paparan Super AMOLED 6.59 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 91.24%. Untuk mencapai tahap ini, ia memerlukan beberapa teknologi yang membantu untuk memberikan lebih banyak ruang untuk skrin pada NEX.

Kamera Depan 8MP tersembunyi di dalam badan telefon (bahagian atas) dan hanya akan naik dalam masa satu saat untuk membolehkan pengguna mengambil gambar selfie.

NEX juga menggantikan sepenuhnya earpiece speaker tradisional dengan Teknologi SoundCasting Skrin dengan menjadikan skrin sebagai speaker. Teknologi ini bukan sahaja mengurangkan bezel bezel bahagian atas, malah meningkatkan kualiti bunyi dengan bass yang lebih kuat, dan lebih lembut dengan bunyi treble yang licin. Untuk mengurangkan lagi bezel, NEX menggunakan teknologi pengimbasan cap jari generasi ke-3 Vivo yang telah ditambahbaikkan dalam aspek ketepatan dan kelajuan. 

Ini adalah lanjutan kejayaan Vivo dengan X20UD dan X21. Teknologi ini menyembunyikan sensor cap jari pada paparan, tapi dalam masa yang sama membenarkan akses cap jari di hadapan telefon.

Note: Bezel adalah ruangan seperti frame di antara bahagian dalam telefon dengan badan telefon

Keupayaan AI untuk Pengalaman lebih “bijak”

NEX menggabungkan teknologi AI yang membuatkan telefon pintar benar-benar pintar. NEX mempunyai butang kiri AI untuk Jovi yang didedikasikan khas untuk pelbagai perkhidmatan AI termasuk Google Assistant dan Google Lens. Semua perkhidmatan ini disokong oleh enjin AI terbaru Vivo yang 3 kali lebih kuasa pengkomputeran AI berbanding dengan model terdahulu.

Google Assistant boleh membantu situasi seharian seperti navigasi peta, berbelanja dalam talian, pengaturan perjalanan (travel), muzik, video dan media sosial. Google Lens, yang disokong oleh deep learning algorithms pula boleh membolehkan pengguna mencari maklumat tentang apa yang mereka lihat.

Snap gambar menarik dengan AI Photography

NEX telah menaikkan taraf kamera dengan lensa Sony IMX363 generasi baru dan Penstabilan Imej Optik 4-paksi berketepatan tinggi yang digabungkan dengan Penstabilan Imej Elektronik (EIS).

Ia memaparkan pelbagai ciri-ciri AI Photography seperti AI Scene Recognition, AI HDR, AI Filters dan AI Portrait Framing. Teknologi kemara ini dapat membantu pengguna mengambil gambar yang hebat tanpa menghiraukan persekitarannya.

Prestasi yang mantap

NEX dilengkapi dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 yang terbaik dan 8GB RAM supaya tidak tersangkut, walaupun ketika sedang bermain permainan (games) yang paling intensif. NEX juga dilengkapi dengan sebuah Unit Pemprosesan Grafik Adreno 630 yang 30% lebih berkuasa berbanding model terdahulu. Ia juga menjimatkan tenaga dengan lebih cekap.

Pelancaran NEX menambah satu lagi pencapaian kepada senarai industry-firsts Vivo. Dari menjadi yang pertama yang meletakkan cip audio Hi-Fi dalam telefon pintar, melancarkan telefon pintar paling nipis di dunia (pada masa pelancarannya), Vivo terus mengorak langkah memperkenalkan teknologi Pengimbasan Cap Jari In-Display yang pertama dalam pasaran. 

Baca juga  Android Box Bakal Diharamkan? Apa Kata Anda..

Sekali lagi Vivo telah merevolusikan dan menambahkan pengalaman pengguna telefon pintar ke tahap yang lebih tinggi. NEX menunjukkan keazaman Vivo untuk terus mendahului di dalam industri.

Spesifikasi NEX: 

Basics
 Processor Qualcomm Snapdragon 845 AIE
GPU Adreno 630
RAM 8GB RAM
Storage 128GB ROM
Battery 4000mAh 
Operating System Android 8.1
Body
Dimensions 162×77×7.98mm
Weight 199g
Display
Screen 6.59” FHD+
Type Super AMOLED
Touch Screen Capacitive multi-touch
Camera
Camera Front: 8MP (F2.0) Elevating Front Camera  Rear: 12MP (F1.8) (24 million photosensitive units) + 5MP (F2.4), 4-axis Optical Image Stabilizer, LED fill light
Photography Modes Front: Live Photo, Face Beauty, AI HDR, Portrait Bokeh (single camera), Panorama, AR Stickers, Filters. Rear: Slow Motion, AI HDR, Live Photo, Face Beauty, Portrait Bokeh (dual cameras), Panorama, Time Lapse, AR Stickers, Filters.
Pre-Installed Apps
Google Services Google, Play Store, Chrome, Gmail, Map, YouTube, Drive, Play Music, Play Movies, Photos, Voice Search, Duo
Connectivity
USB (USB2.0), Wi-Fi, Bluetooth (Bluetooth 5.0), GPS, OTG
Sensors
Ambient Light Sensor, Accelerometer, Gyroscope, E- Compass
Items in the box
NEX, Earphone, Documentation, USB Cable, USB Power Adapter, SIM Ejector, Protective Case 

Vivo NEX boleh didapati dengan harga pasaran RM2,799

vivo V11

V11 adalah telefon pintar range pertengahan yang pertama datang dengan Teknologi Pengimbasan Cap Jari Pada Paparan. Manakala kamera AI membolehkan anda mengambil gambar dengan sempurna.

Vivo mengambil berat tentang peminatnya. Ia mengembalikan semula kepercayaan peminat dengan perkhidmatan dan pengalaman yang berkualiti. Untuk menghargai para pelanggan yang banyak menyokong vivo, ia membawakan V11 baru kepada pengguna di seluruh negara dan memberikan mereka pengalaman Teknologi In-Display Fingerprint Scanning dan Kamera AI.

Vivo V11 adalah telefon pintar terbaru dari Vivo Malaysia. Ia adalah telefon pintar khas untuk fotografi dengan keupayaan AI. Teknologi Pengimbas Cap Jari Pada Paparan V11 memberikan anda cara yang lebih mudah untuk membuka kunci telefon anda melalui skrin. 

Kedua-dua telefon boleh didapati dalam warna Starry Night dan Nebula. Manakala untuk V11i, ia juga boleh dimiliki dengan warna Fairy Pink (edisi terhad) yang mungkin sesuai dengan anda.

V11 didatangkan dengan paparan skrin Super AMOLED dan kedua-dua V11 dan V11i dilengkapi dengan Paparan Halo FullView. Bagi pemproses (processor) pula, V11 menggunakan Snapdragon 660 AIE dan 6GB RAM manakala V11i dilengkapi dengan MediaTek P60 dan RAM 4GB. 

Kedua-dua telefon menyediakan ROM 128GB untuk ruang simpanan yang lebih besar. Harga jualan semasa untuk V11 dan V11i masing-masing adalah RM1,699 dan RM1,099.

Untuk butiran lanjut tentang telefon pintar Vivo, sila lawati laman web vivo Store atau vivo Malaysia (http://www.vivo.com/my)

#vivoMalaysia #vivoMY #V11 #NEX #AICamera #WeGotTheNight  

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini