Coca Cola satu jenama yang besar dan pengeluaran produk-produk baru sering dilakukan dibawah jenama ini. Pernah kami di OHSEMPOI berkongsi info berkenaan Coca Cola berperisa lemon dengan warna jernih yang hanya boleh didapati di rangkaian kedai serbanika Family Mart.
Kini, kreativiti mereka ditunjukkan lagi sekali dengan cadangan menghasilkan Coca Cola yang berperisa ganja atau marijuana pula.
Difahamkan dibeberapa buah negara yang menghalalkan tumbuhan ini, idea produk terbaru keluaran Coca Cola ini mendapat sokongan yang tinggi biarpun ada yang berpendapat minuman ini seperti mendorong seseorang kearah keburukan.
Namun begitu dari satu sudut yang berbeza, peningkatan permintaan ini mendorong pengeluar Coca Cola untuk lebih berminat dalam meningkatkan produk yang dikatakan minuman kesihatan ini.
Seperti yang kita ketahui melalui penyelidikan yang dilakukan oleh beberapa kumpulan penyelidik, ganja atau marijuana mempunyai kebaikan dalam membantu memperlambatkan penyakit Alzheimer serta mengurangkan gejala dan rasa sakit yang disebabkan oleh Multiple sclerosis (penyakit yang menyerang saraf-saraf pusat seperti saraf otak, sumsum tulang belakang, dan saraf optik).
Sekiranya cadangan ini diterima umum, berkemungkinan besar ianya akan dipasarkan kepada negara “halal ganja” sahaja termasuk negara jiran, Thailand.