Sebut sahaja ganja, ia dengan pantas akan dikaitkan dengan gejala negatif yang berleluasa di setiap negara. Ia mengkhayalkan sekaligus membuatkan seseorang itu hilang pertimbangan dalam melakukan sesuatu perkara dengan normal.
Namun begitu, terdapat beberapa buah negara yang telah menghalalkan penanaman tanaman ganja ini bagi tujuan komersil diantaranya Amerika Syarikat dan Kanada.
Terkini, dalam proses merencanakan undang-undang untuk menghalalkan ganja ini di rantau Asia, Thailand merupakan negara yang pertama di Asia Tenggara yang mengambil langkah tersebut.
Disoal dari segi kesan penggunaan ganja ini kepada negara itu, pihak bertanggungjawab memberitahu bahawa dengan menghalalkan ganja ini ia sebenarnya boleh dieksploitasi dalam bidang perubatan. Dimana dari segi keuntungan ia dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara tersebut dan dalam masa yang sama juga ia merupakan jalan alternatif dalam menyembuhkan penyakit yang melibatkan kanser, parkison serta beberapa penyakit lain.
Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh penyelidik pasaran Arcview, buat masa ini nilai pasaran ganja dunia pada tahun 2018 telah mencecah $12.9 bilion dengan A.S. sebagai pengeluar utama.
Namun, pasaran dunia ganja ini dijangka akan mencapai nilai $23 billion menjelang tahun 2022, dengan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 22 peratus dalam tempoh lima tahun.
Ternyata ia sesuatu perniagaan yang menguntungkan bukan? Akan tetapi setujukah anda sekiranya ganja ini turut dihalalkan di Malaysia? Kongsikan pendapat anda dibawah.
Trivia: Thailand pernah menjadi pengekspot ganja terbesar disekitar tahun 80-an.
Your writing style is cool and I have learned several just right stuff here. I can see how much effort you’ve poured in to come up with such informative posts. If you need more input about Airport Transfer, feel free to check out my website at UY6