Tiada yang mustahil dalam bola sepak. Manchester United telah membuktikan bahawa mereka bukan biasye biasye selepas bangkit dari kekalah 0-2 tiga minggu lalu di Old Traffod.
Keputusan penuh perlawanan pagi tadi adalah PSG 1 – 3 Manchester United yang menyaksikan anak didik Ole Gunnar Solskjaer membawa pasukan tersebut keperingkat seterusnya dengan agregat 3-3.

Walaupun Manchester United kehilangan 10 tonggak utama yang tidak dapat beraksi namun persembahan luar biasa pemain muda Ole Gunnar Solskjaer sudah cukup untuk menunjukkan laluan keluar kepada pasukan Paris Saint German.
Antara tonggak utama Manchester United yang terpaksa direhatkan adalah Paul Pogba, Anthony Martial, Juan Mata, Nemanja Matic, Ander Herrera, Jesse Lingard, Phile Jones, Alexis Sanchez, Antonio Valencia dan Matteo Darmian.

Manchester United mencipta sejarah sebagai pasukan pertama yang bangkit selepas ketinggalan 0-2 di pusingan pertama kepada pasukan lawan di tempat sendiri dalam peringkat kalah mati Liga Juara-juara Eropah.

Jika tahun 1999, Ole Gunnar Solskjaer membuat come back luar biasa sebagai pemain Manchester United, 2019 sekali lagi beliau mengulanginya tetapi sebagai pengurusan pasukan.
Kemenangan Manchester United membawa mereka ke keperingkat suku akhir pastinya digeruni 7 lagi pasukan lain yang mungkin menerima nasib yang sama seperti PSG.