Pada mereka yang merupakan generasi Y, majoriti semestinya mengetahui tentang kewujudan permainan konsol Contra yang popular satu ketika dulu. Kini, diberikan nafas baru seiring dengan perkembangan teknologi, permainan itu kembali dengan membawa nama Contra : Return.

Pada dasarnya, permainan ini yang telah memasuki kategori permainan mudah alih, bersempena dengan peralihan platform permainannya daripada konsol kepada telefon pintar, namun ia masih mengekalkan sebahagian daripada elemen asal permainan Contra yang lama.

Cuma dari segi naik taraf yang memberikan sedikit perbezaan, termasuklah kebolehan menaik-taraf watak dan senjata, dan cara kawalan yang sudah semestinya disesuaikan dengan penggunaan skrin sentuh, selain penawaran pelbagai mod permainan yang baru.

Melalui versi penghidupan semula Contra : Return ini, permain juga berpeluang untuk bermain secara perseorangan melalui “Story Mode”, tak kurang juga ia turut menawarkan beberapa lagi pilihan lain untuk bertempur bersama pemain lain didalam mod DUO, Battle for Victory dan lain-lain lagi.

Pada anda yang berminat untuk bermain dengan permainan klasik yang diberi nafas baru ini, ianya sudah boleh dimuat-turun sama ada di Google Play ataupun App Store masing-masing.

Baca juga  Canon EOS M50 Kamera Mirrorless Canon Pertama Guna Format CR3 Raw
LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

2 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini