Arab Saudi salah satu negara yang masih belum mempunyai kes yang disahkan COVID-19, namun penyebaran wabak ini semestinya mencetuskan impak yang sangat besar. Ini kerana dalam satu pengumuman terbaru, kerajaan Arab Saudi kini mengeluarkan satu pengumuman rasmi dimana pihak mereka akan menghentikan sementara kemasukan jemaah umrah bagi memasuki Kota Mekah dan Madinah diatas sebab risiko penyebaran wabak tersebut.

Selain halangan jemaah dari melakukan umrah, pihak kerajaan Saudi juga difahamkan menghalang pemberian visa membabitkan individu yang menggunakan visa pelancong dari negara-negara yang terjejas akibat COVID-19.

Tindakan ini merupakan kali pertama dikuatkuasakan di Arab Saudi selepas peningkatan kes-kes jangkitan yang semakin meningkat di negara-negara Timur Tengah yang lain, dimana sehingga 26 Feb 2020, WHO telah mengeluarkan laporan bahawa terdapat 95 kes yang telah disahkan di Iran, 26 di Bahrain, 13 di UAE, 12 di Kuwait, 5 di Iraq, 4 di Oman, dan masing-masing 1 di Afghanistan, Egypt, dan Lebanon.

Dalam satu statistik, hampir 7 juta jemaah mengerjakan umrah di Arab Saudi setiap tahun, dengan majoriti daripada mereka mendarat di lapangan terbang di Jeddah dan Madinah.

Baca juga  Celcom Dan Digi Disahkan Bergabung
LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini