Pasukan bola sepak Juventus yang baru disertai oleh pemain ternama, Cristiano Ronaldo nampaknya telah melancarkan jersi baru yang berwarna pastel sand (pasir), dimana ia kelihatan masih menampilkan reka bentuk klasik dengan tambahan ciri-ciri moden.

Dilancarkan pada hari Selasa yang lalu, jersi baru adidas itu yang merupakan jersi away ketiga dan juga jersi yang terakhir untuk kegunaan pasukan gergasi Siri A ini buat musim 2018/19, adalah jersi yang dilancarkan selepas pelancaran jersi home berjalur hitam putih tradisional serta jersi ketiga biru gelap mereka.

Pereka fesyen bola sepak adidas, Francesca Venturini memberi satu kenyataan apabila ditemu ramah bahawa, Juventus adalah sebuah kelab yang memberikan inspirasi dan cita-cita kepada peminatnya.

Dengan penggunaan elemen reka bentuk ikonik yang berkaitan dengan kelab, ditambah dengan suntikan gaya kontemporari yang diberikan oleh beliau, ia membuatkan rekaan baru ini bersifat klasik dan kontemporari sekaligus memberikan wajah baharu yang segar dan sesuai digayakan ketika ke stadium mahupun ketika bermain bola sepak.

Baca juga  520,000 Helai Jersi Juventus Christiano Ronaldo Terjual Dalam Masa 24 Jam Sahaja

Untuk makluman, jersi away baru Juventus musim 2018/19 ini sudah pun mula dijual di atas talian serta di butik-butik adidas. Tak mustahil angka penjualan jersi ini bakal menerima impak yang sama seperti penjualan jersi Juventus Cristiano Ronaldo bulan lalu, lebih-lebih lagi apabila promosi yang dijalankan masih mengekalkan pemain bola sepak ternama itu bersama bintang-bintang Juventus yang lain seperti Paulo Dybala dan Miralem Pjanić sebagai model utama mereka.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini