Sistem RFID (RAdio-Frequency IDentification) adalah satu sistem bayaran tol secara elektronik menggunakan cip frekuensi radio yang diletakkan pada sticker dan ditampal di kenderaan. Berbeza dengan kad TouchnGo, RFID tag atau dikenali juga sebagai sticker RFID mempunyai kod unik pada sesebuah kenderaan di mana ianya akan disambung terus kepada Touch ‘n Go eWallet yang akan memudahkan pengguna untuk memantau baki & menambah kredit secara online banking atau kad kredit/debit.
Sistem RFID dijangka akan mula beroperasi pada Januari 2019. Sistem ini mula diuji pada pengguna awam pada 3 September 2018.
Peranti SmartTAG masih boleh digunakan di semua lebuhraya. Tetapi syarikat pengeluar TouchnGo akan menamatkan penjualan peranti SmartTAG bermula pada 8 Ogos 2018.
Bagaimana RFID Berfungsi?
Kenderaan yang mempunyai RFID tag yang ditampal pada cermin hadapan akan melalui pintu tol dan scanner pada bahagian atas pintu tol akan mengesan dan mengenakan cas. Cas akan ditolak daripada Touch ‘n Go eWallet yang disambung secara terus di RFID tag. Setiap RFID tag hanya boleh digunakan pada 1 kenderaan berdaftar sahaja.
Senarai Lebuhraya dengan RFID Lane.(Lembah Klang)
1. Kuala Lumpur – Karak Expressway (KLK)
2. Damansara – Puchong Expressway (LDP)
3. Kemuning – Shah Alam Highway (LKSA)
4. Cheras – Kajang Highway (GRANDSAGA)
5. Lebuhraya Grand Sepadu (GRANDSEPADU)
6. Shah Alam Expressway (KESAS)
7. Kajang Dispersal Link Expressway (SILK)
8. Maju Expressway (MEX)
9. Duta – Ulu Kelang Expressway (DUKE)
10. Stormwater Management And Road Tunnel (SMART)
11. New Pantai Expressway (NPE)
12. Besraya Expressway (BESRAYA)
13. Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
14. Kuala Lumpur – Kuala Selangor Expressway (LATAR)
15. Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH)
16. Guthrie Corridor Expressway (GCE)
Pendaftaran RFID
Kepada pengguna yang berminat menjadi ‘pilot user’ bolehlah mendaftar di http://www.touchngo.com.my/html/PreRegisterRFID.aspx untuk pihak pengeluar menghubungi anda nanti.