Siapa saja yang tak mengenali Dato’ Seri Vida (DSV), jutawan kosmetik yang saban hari dapat dilihat wajahnya baik di dada akhbar ataupun di siaran televisyen. Dicorong-corong radio pun boleh dikatakan hampir setiap hari namanya kedengaran. Bermula dengan perniagaan kosmetik, kini DSV melangkah lagi setapak kehadapan apabila mula menceburi dunia kriptowang dengan lebih serius.
Kriptowang yang dimaksudkan bukanlah Bitcoin, Ethereum ataupun bermacam-macam jenis lagi. Tetapi sebaliknya beliau telah melancarkan kriptowang nya tersendiri yang diberi nama Lavida Coin.
Buat masa ini nilai 1 Lavida Coin (LVC) yang baru sahaja dilancarkan selepas beliau mula berjinak-jinak di dalam dunia kriptowang dua tahun lepas masih lagi murah, dimana ia ditetapkan pada harga $0.66 (~RM 2.71) bagi 1LVC.
Namun dengan sedikit pengurusan yang cekap dan permintaan yang tinggi buat masa sekarang, tidak mustahil harganya bakal melambung naik menjelang penghujung tahun ini.
Bagi mereka yang bergerak aktif dalam dunia kriptowang, sudah semestinya kemunculan Lavida Coin ini dilihat sebagai satu lagi peluang pelaburan baru yang bakal memberikan pulangan berganda, selain kegunaan LVC ini juga yang boleh digunakan sebagai matawang bagi e-dompet LavidaPay yang turut dimiliki oleh DSV.