Gaji bulanan tidak mencukupi untuk membayar sewa rumah? Perbelanjaan perlu dikurangkan? Ya.. Ini mungkin berita baik untuk golongan muda yang belum berkahwin dan berada dalam kategori B40, dimana baru-baru ini pihak DBKL telah membuka permohonan kepada mereka yang berminat untuk menyewa tempat penginapan yang telah siap diubah suai sepenuhnya (termasuk bil) dengan harga RM100 sebulan.

Melalui program perumahan bandar ini yang menyasarkan individu bujang yang bekerja di ibu kota, difahamkan bahawa pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah memperuntukkan kira-kira RM7 juta bagi melakukan ubah suai bahagian dalaman dua blok tujuh tingkat premis 54 dan 56 di Jalan TAR.

Pengubahsuaian itu yang melibatkan dua fasa iaitu fasa pertama, untuk pengubahsuaian “lower ground‘ sehingga tingkat empat. Manakala fasa kedua pula melibatkan pengubahsuaian tingkat lima hingga tingkat tujuh serta bumbung kedua-dua premis.

Baca juga  Ejen Ali: The Movie Dengan Bajet RM5.5 Juta Bakal Menemui Peminat Di Layar Perak

Menurut kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, kriteria dan kelayakan pemohon adalah seperti berikut:

  1. Seorang warganegara Malaysia berusia 18 hingga 35 tahun
  2. Berpendapatan kurang daripada Rm2,000 sebulan
  3. Bekerja di ibu kota serta tidak memiliki rumah ataupun kereta

Projek ini berkonsepkan perkongsian ruang bagi setiap tingkat yang mengandungi 4 hingga 5 unit ruang kongsi berkeluasan 7 meter persegi bagi setiap satu, dan selain penyewa dibenarkan untuk menambah apa-apa barangan keperluan, ia turut menyediakan katil dan almari.

Permohonan boleh dibuat secara online melalui pautan rasmi di laman web DBKL bermula Ogos tahun inihttp://eperumahan.dbkl.gov.my/erumah/, dan dimaklumkan bahawa mereka akan mengutamakan penempatan bagi Orang Kurang Upaya ditingkat paling bawah bagi memudahkan pergerakan mereka.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini