• 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Seiring dengan perkembangan teknologi, kewujudan aplikasi untuk menyumbangkan derma kepada masjid adalah perkembangan yang positif bagi membantu komuniti Islam mengurus perkara-perkara yang melibatkan aktiviti islamiah. Menjadi antara perintis yang mula menggunakan teknologi sebegini, Masjid Ar-Rahah yang terletak di Kampung Kerinchi memperbaharui cara orang ramai menghulurkan sumbangan serta derma dengan menggunakan Touch ‘n Go eWallet.

Melalui aplikasi eWallet ini, pengguna yang berniat untuk menghulurkan sumbangan boleh mengimbas kod QR yang dipaparkan, seterusnya memilih amaun yang ingin disumbangkan atau didermakan.

Dari kiri; Encik Syahrunizam Samsudin, CEO TNG Digital Sdn Bhd; Mr Khairul Haffiz b Abdul Halim, Ketua Pentadbiran dan Imam Utama Masjid ar-Rahah; Yang Berhormat Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Lembah Pantai; S.S. Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan; Tuan Hj Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI); Datuk Dr Syed Mohammad Syed Kadir, Naib Pengerusi Ahli Jawatankuasa Masjid Ar-Rahah bergambar bersama-sama ketika majlis pelancaran program CSR diantara TNG Digital Sdn Bhd dan Masjid ar-Rahah di Kampung Kerinchi.

Baca juga  Kisah Ummu Sibyan - Fakta atau Auta..?

Menerusi penggunaan kaedah sumbangan dan derma yang baru diperkenalkan ini, ia dijangka akan menarik minat pihak pengurusan masjid-masjid lain diseluruh negera untuk turut sama menggunakan teknologi yang sama bagi menyelaraskan operasi harian serta kutipan derma mereka.

Nota: Bagi pihak pengurusan masjid yang berminat untuk implementasi serta penggunaan eWallet ini bagi menerima sumbangan daripada orang ramai, boleh dapatkan maklumat lanjut di www.tngdigital.com.my dan log ke www.facebook.com/touchngoewallet.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini