Syarikat FUJIFILM (Pengarah Urusan: Hiroyuki Matsuura) telah mengumumkan pelancaran kamera digital nircermin FUJIFILM X-T30 (X-T30) di Malaysia pada Mac 16 2019. X-T30 mewakili kamera terbaru X Series, koleksi yang diperkenalkan bagi kebolehan mencapai imej yang berkualiti, warna yang terperinci dan pengendalian berasas dail.

X-T30 telah dilengkapi dengan beberapa fungsi baru yang pasti akan bernilai kepada mana-mana juru gambar. Kamera ini menawarkan prestasi terbaik dengan menggunakan sensor imej generasi ke-empat dan pemproses yang mengandungi resolusi 26.1 megapiksel dan AF (Auto Focus) yang cekap dan berkualiti.

Seluruh bingkai kamera X-T30 mempunyai piksel phase detection untuk mendapat kontras terbaik. Ciri-ciri selain itu terdiri daripada Focus Lever yang boleh ubahkan titik focus dengan mudah, skrin sesentuh yang memiliki respons lebih intuitif dan akhirnya perekaan badan kamera yang menawarkan lebih kestabilan untuk mencapai keselesaan menggunakan lensa yang besar.

Algoritma AF yang digunakan telah diperbaiki daripada versi FUJIFILM X-T3 untuk memberi prestasi AF-tracking yang terbaik. Ini meningkatkan ketepatan bagi pengesanan muka / mata dan fungsi baru Face Select yang mengutamakan subjek dengan AF.

Evolusi prestasi AF boleh dinikmati dengan mengambil imej ataupun video. Kestabilan pendedahan telah diperbaiki untuk muka / mata semasa AF dan AF-C (Auto Focus Berterusan) untuk keselesaan pengguna. Prestasi bagi video juga dipertingkatkan dengan rakaman audio beresolusi tinggi dan penggambaran video 4K/30P.

Berasaskan peningkatan ciri-ciri di atas, kamera ini memenuhi permintaan demografik lebih luas yang terdiri daripada profesional dan amatur, dengan kebolehan X-T30 untuk mencapai imej kualiti yang terbaik. 

Ciri-ciri Utama X-T30

  • Kamera padat dan ringan nircermin dengan pengendalian yang mudah
  • Kamera ringan dan kecil ini seberat 383g sahaja dan direka untuk mempertingkatkan kestabilan semasa penggunaan kamera. Focus Lever yang menggantikan Selector Buttons adalah untuk melebihi ruangan untuk cengkaman yang lebih selesa.
  • Skrin LCD belakang lebih nipis sebanyak 1.3mm dan memberi respons yang lebih baik. Skrin ini berfungsi selari dengan Focus Lever bagi mencapai operasi kamera yang lebih kuat dan intuitif.
  • X-T30 boleh didapati dalam warna hitam, perak, dan warna baru iaitu Charcoal Silver. Warna Charcoal Silver hanya boleh didapati pada awal suku tahun ketiga (Q3) 2019.

X-T30 mempunyai sensor imej generasi ke-empat, X Trans CMOS 4, dan enjin imej X Processor 4, bagi menyampaikan prestasi imej bersamaan dengan FUJIFILM X-T3.

  • Walaupun X-T30 merupakan kamera kecil yang bersaiz padat, ia mempunyai resolusi 26.1 megapiksel iaitu kadar yang tertinggi antara kamera digital APS-C sensor, dengan prestasi audio yang terbaik dan pencapaian warna yang menakjubkan.
  • Sensitiviti yang paling rendah adalah ISO 160, yang sebelum ini hanya boleh didapati pada ISO berlanjutan sahaja tetapi sekarang boleh didapati semasa mengambil gambar dalam format RAW.
  • Film Simulations eksklusif FUJIFILM sekarang termasuk mod ETERNA. Kamera ini menggabungkan beberapa fungsi yang memberi lebih banyak pilihan untuk mengubah suai imej anda, seperti monochrome adjustments yang boleh didapati untuk ACROS dan Monochrome, dan fungsi Color Chrome yang menghasilkan warna dan penggredan yang lebih terperinci.
Baca juga  Apple iPhone XR Ditawarkan Dengan Pelbagai Pilihan Warna

Sistem AF baru yang berfungsi dengan baik dalam keadaan gelap dan sewaktu menjejaki subjek yang bergerak dengan pantas.

  • Imej sensor X-Trans CMOS 4 sekarang mempunyai piksel phase detection sebanyak 2.16 juta, yang merupakan empat kali ganda lebih daripada model X-Trans CMOS 3. On-sensor phase detection AF sekarang merangkumi seluruh bingkai kamera (kira-kira 100%), ini telah meningkatkan kelajuan dan ketepatan bagi fokus kepada subjek.
  • Had untuk phase detection AF dalam keadaan gelap telah ditingkatkan daripada +0.5EV ke -3EV, dan ini membolehkan AF dalam keadaan gelap atau kurang cahaya seperti waktu malam.
  • Digabungkan dengan X-T3, X-T30 mempunyai prestasi dan fungsi AF yang terbaik antara kamera X Series dengan penggabungan pemprosesan imej yang pantas, enjin X-Processor 4 dan algoritma AF untuk mempertingkatkan prestasi ketepatan pengesanan muka / mata. Pengenalan fungsi Face Select mengutamakan ciri AF untuk seseorang apabila beberapa orang dikesan dalam bingkai.
  • Prestasi bagi Advanced SR Auto mode telah dipertingkatkan selari dengan prestasi AF. Bagi mod ini, X-T30 akan memilih daripada 58 pratetap secara automatik untuk menghasilkan penggambaran yang terbaik, supaya anda boleh mencapai imej yang berkualiti tanpa memilih fungsi secara manual.

Fungsi video dipertingkatkan

  • X-T30 memiliki fungsi penggambaran video 4K/30P dengan kebolehan untuk merakam resolusi audio tinggi tanpa mengguna peralatan lain ataupun fungsi pengesanan mata.
  • X-T30 merakam dalam resolusi 6K (6240×3510) untuk menghasilkan video 4K (3810×2160) yang menakjubkan. Kamera ini juga menyokong format DCI (17:9) yang memberi video anda kualiti yang lebih sinematik.
  • Mod Film Simulation boleh digunakan sewaktu mengambil gambar dan merakam video, termasuk dengan “ETERNA” motion picture emulator.
  • Video 4K/30P boleh dirakam secara 4:2:0 8bit pada SD card. Perakaman F-log dan 4:2:2 10bit secara HDMI membolehkan kamera merakam video untuk juru video profesional.

Informasi Produk X-T30

  • Nama Produk : Fujifilm X-T30
  • Variasi Warna : Hitam/ Perak/ Charcoal Silver 

* Warna Charcoal Silver hanya boleh didapati pada awal suku tahun ketiga (Q3) 2019

  • Tarikh Keluaran : 16Mac 2019
  • Harga : X-T30 Body (RRP: RM 3,888)

X-T30 Kit with XF 18-55mm F2.8-4 R (RRP: RM 5,488)

Sila layari http://fujifilm.my/product/x-t30/, untuk ,maklumat produk yang lebih terperinci.


LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini