Berita baik buat pengguna lebuhraya sempena Tahun Baru Cina ini. Pengguna kelas 1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) bakal menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus pada hari Selasa ini.
Pemberian diskaun tersebut hanya untuk satu hari sahaja iaitu bermula dari pukul 12 tengah malam sehingga pukul 11.59 malam hari Selasa.
Diskaun ini diberi kepada pengguna Kelas 1 ketika membayar atau melakukan transaksi bayaran tol di PLUS iaitu Lebuhraya Utara-Selatan; Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE); Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE); Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua); Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE); Jambatan Pulau Pinang dan LPT2.
Walaubagaimanapun, untuk transaksi tol di Plaza Tol Tanjung Kupang dan pengguna jalan raya di Jambatan Pulau Pinang, diskaun tersebut DIKECUALIKAN. Ini adalah kerana kedua-dua tol tersebut sudah menikmati diskaun tol 20 peratus.
Pengguna lebuhraya boleh la menarik nafas lega sedikit kerana diskaun ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kos perjalanan balik kampung mereka.
Selamat memandu dan berhati-hati di jalanraya.
Selamat menyambut Tahun Baru Cina.