Amanah Saham Nasional Bhd., hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.
Tahun lalu, ASNB mengagihkan pendapatan sebanyak 7.00 sen seunit dan bonus 0.25 sen seunit untuk ASB.
Bagi Amanah Saham Nasional (ASN) pula, ASNB mengagihkan pendapatan sebanyak 3.25 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Zeti Aziz berkata, pencapaian tersebut mencerminkan prestasi kewangan PNB yang kukuh pada tahun ini di sebalik pasaran global dan domestik yang tidak menentu
Cara Kira Dividen ASB 2018
1. Anda perlu kira purata simpanan minimum setiap bulan dari bulan januari sehingga bulan Disember yang akan didarabkan dengan kadar yang diumumkan seperti mana yang diumumkan oleh Permodalan Nasional Berhad
2. Contoh pengiraan agihan ASB adalah seperti berikut :
- SITUASI PERTAMA : Jamal ada simpanan di ASB sejumlah RM10,000 yang mana beliau tidak pernah sekalipun mengeluar simpanan beliau sehingga hujung tahun bulan Disember. Ini bermakna simpanan minimum beliau setiap bulan adalah RM7,000. Ini sekaligus membolehkan beliau menerima pulangan. Jadi RM7,000 akan didadarabkan dengan kadar yang diumumkan
- SITUASI KEDUA : Aishah ada melakukan simpanan permulaan dengan ASB di awal tahun sebanyak RM20,000. Walaubagaimanapun, pada bulan MAC beliau mengeluar RM3,000. Dan bulan November beliau sekali lagi mengeluarkan RM5,000 daripada simpanan ASB beliau. Oleh itu baki simpanan adalah seperti berikut :
Bulan – Simpanan minimum
- Januari : RM20 ribu
- Februari : RM20 ribu
- Mac : RM17 ribu
- April : RM17 ribu
- Mei : RM17 ribu
- Jun : RM17 ribu
- Julai : RM17 ribu
- Ogos : RM17 ribu
- September : RM17 ribu
- Oktober : RM17 ribu
- November : RM12 ribu
- Disember : RM12 ribu
Cuba yang ini jikalau anda semak pelaburan anda secara online : Sistem ASB Online
Daripada purata simpanan minimum setiap bulan akan didarab dengan kadar yang diumumkan tahun ini. Jelas?
3. Pengiraan untuk bonus ASB juga sama dengan dengan dividen ASB.
Nampaknya jangkaan dan anggaran dividen ASB yang diramal kan lebih rendah daripada tahun lepas amat tepat. Bagaiamana pula agaknya ramalan untuk tahun depan.