Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.15% untuk Simpanan Konvensional 2018, dengan agihan dividen sebanyak RM43.00 bilion dan 5.90% untuk Simpanan Shariah, dengan agihan dividen RM4.32 bilion.

Dividen KWSP 2018

Dividen KWSP kali ini menurun sebanyak 1.7% berbanding tahun sebelumnya.

KWSP telah menjangkaui mandatnya untuk mengisytiharkan 2.50 peratus dividen setiap tahun dan tidak kurang dari 2.00 peratus bagi dividen sebenar untuk purata tiga tahun. Jumlah ini berjaya disasar pada tahun 2018 merupakan tahun yang sukar dan didominasi oleh ketidaktentuan dan trend penurunan pasaran global yang dicetus oleh perang perdagangan AS – China serta empat kitaran kenaikan kadar faedah AS dalam satu tahun yang sama

Sebab Penurunan Dividen KWSP 2018

Penurunan pendapatan portfolio Syariah KWSP pada 2018 adalah disebabkan oleh prestasi kurang memberangsangkan untuk sektor telekomunikasi, pembinaan dan minyak dan gas dalam portfolio domestik.

Jika dibandingkan dengan peningkatan trend pasaran pada 2017, terdapat perbezaan ketara dapat disaksikan pada tahun kewangan 2018 yang mana kesemua indeks saham mencatatkan pulangan negatif.

Baca juga  DBKL Sediakan Rumah Sewa Semurah RM100 Sebulan Untuk Penyewa Bujang

Selain itu, Indeks FBM KLCI mencatatkan kejatuhan enam peratus, manakala indeks ekuiti pasaran sedunia jatuh sekitar sembilan hingga 16 peratus.

Dividen KWSP Dari Tahun 2000- 2017

Ahli KWSP boleh membuat semakan penyata akaun bermula 17 Februari 2019 melalui i-Akaun atau laman web myEPF di www.kwsp.gov.my

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini