•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Generasi muda zaman sekarang lebih gemar merakamkan video bagi menyimpan momen-momen menarik untuk dijadikan kenangan. Namun begitu, kadangkala peranti yang digunakan untuk mengambil rakaman video agak kurang berupaya melakukan tugas tersebut mungkin disebabkan oleh spesifikasi yang terhad – salah satu daripadanya kelemahan untuk mengurangkan gegaran bagi suatu rakaman video.

Menyedari masalah ini wujud hampir bagi setiap peranti telafon pintar, DJI hadir dengan penyelesaian yang cukup unik. Iaitu dengan menawarkan aksesori telefon pintar yang dikenali sebagai gimbal.

Dengan penggunaan gimbal. sesebuah video yang dirakamkan mampu kelihatan lebih profesional biarpun ianya dirakamkan daripada seorang amatur. Gimbal jika dilihat dipasaran terbuka, juga terdapat dalam jenama-jenama yang lain. Akan tetapi sesetengah daripadanya walaupun murah, ia mempunyai saiz yang besar dan sukar untuk dibawa kemana-mana.

Sekali lagi jalan penyelesaian ditawarkan oleh DJI apabila mereka kini telah mengeluarkan model gimbal terbaru yang dinamakan, DJI Osmo Pocket. Dimana melalui rekaan baru yang kecil dan padat, ia boleh disimpan dengan mudah di dalam kocek seluar.

Baca juga  Adab makan yang perlu diajar kepada anak anda

DJI Osmo Pocket yang berukuran setinggi empat inci, masih mengekalkan sistem penstabilan tiga aksi seperti DJI Osmo Mobile 2 dan ianya dilengkapi dengan sensor kamera 12-Megapixel serta berkemampuan untuk merakamkan video beresolusi 4K 60FPS.

Pada bahagian pemegangnya pula, terdapat pilihan sambungan USB-C, mikroUSB dan Lightning dimana ia dengan mudahnya dapat dipadankan pada peranti Android ataupun iOS. Meskipun ia kelihatan kecil, ringkas dan padar, gimbal terbaru dari DJI ini masih hadir dengan beberapa fungsi menarik yang lain seperti Night Shot, FPS dan Tracking.

Jualan secara rasmi masih belum dibuka, namun sekiranya anda tidak ingin ketinggalan untuk menjadi yang pertama memilikinya, anda boleh membuat pra-tempahan dengan harga jualan $349 (~RM 1463) sebuah.

Nota: Uniknya ia boleh menjadi alternatif kepada kamera telefon yang lebih berspesifikasi rendah.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini