Dua Jenis Pilihan Berkhatan Yang Biasa Digunakan Di Klinik


Soalan lazim yang biasanya diajukan apabila anak berkhatan. “Anak nanti sunat guna kaedah apa?”. “Entah la..laser kata nya”

Ramai yang masih keliru dengan istilah khatan menggunakan laser. Dr. Khairul Faizie telah berkongsi bersama pengikut Facebook beliau tentang 2 jenis kaedah berkhatan yang sering diamalkan di klinik bagi menerangkan dengan jelas apakah teknik berkhatan yang lebih baik.

Ohsempoi ingin berkongsi semula tulisan doktor tersebut yang telah mendapat perkongsian ramai netizen.

Macam ni, untuk kesekian kalinya, kita rungkai salah-fahaman tentang cara bersunat lelaki ni.

Post ini merujuk kepada khatan kanak2 lelaki, dan juga lelaki dewasa. (Untuk khatan bayi lelaki iaitu neonatal circumcision, selalunya akan guna circumcision device yang dipanggil Plastibell ).

Kita fahami dulu 2 teknik / cara khatan utk kanak kanak & lelaki dewasa:

1) Teknik free hand
2) Teknik clamp

Teknik Freehand
=============
Teknik freehand ini ialah teknik guna gunting, forceps, etc. Di mana dalam teknik freehand ini, kulit akan di potong, kemudian akan dijahit. Baca betul betul : AKAN DIJAHIT.
Seiring dengan kemajuan teknologi, alatan seperti gunting telah digantikan dengan alat yg dipanggil Diathermy ( rujuk gambar). Bukan sahaja berkhatan, namun banyak lagi pembedahan lain yg lagi besar, menggunakan alat Diathermy ini.

Laser yang masyarakat selalu sebut sebut sebagai ” teknik bersunat ” tu, ialah sebenarnya menggunakan diathermy ini.

Laser = Diathermy.

Apa itu diathermy? Sebenarnya bukanlah laser pun. Pembedahan yang menggunakan diathermy dipanggil Electrosurgery, sebab alat diathermy ini menggunakan cas elektrik berfrekuensi tinggi, untuk menghasilkan haba. Haba yang terhasil akan digunakan utk:
– memotong kulit / tissue / etc
– menghentikan perdarahan ( coagulation), dengan cara ia menutup ( seal) saluran darah.
Oleh kerana itu, berkhatan guna diathermy meluas digunakan bagi yg memilih teknik freehand, sebab mudah utk mengawal perdarahan, dan hasil potongan kulit pun lebih cantik.

Berkhatan menggunakan samada gunting / diathermy, ialah juga dipanggil berkhatan menggunakan instrument ( alatan). Gunting, mesin diathermy, forceps, jarum jahitan…ini semua alatan yg digunakan.

Sebab berkhatan guna teknik freehand ni DI JAHIT kulitnya, maka proses penyembuhan adalah lebih cepat. Proses penyembuhan kulit yg tinggal selepas dijahit dipanggil sebagai ” Primary Intention Wound Healing), dimana bekas potongan dirapatkan dengan jahitan benang.

Teknik Clamp
===========
Teknik clamp pula, ialah sebenarnya dipanggil juga sebagai berkhatan menggunakan devices ( circumcision via devices).

Semua jenis clamp yg ada dipasaran, ialah devices. Contohnya Alisklamp, Ismailclamp, Smartklamp.

Berkhatan menggunakan devices clamp itu, akan sembuh luka nya dengan proses yang dipanggil Secondary Intention Wound Healing, di mana tiada jahitan di gunakan. Teknik clamp akan mengepit lapisan kulit yg ingin di buang, supaya tiada aliran darah ke kulit tersebut. Hasilnya, kulit akan mati ( dan luruh / tanggal). Oleh sebab itu, sesiapa yg berkhatan dengan teknik clamp, perlu menunggu antara 7 ke 10 hari utk clamp itu tertanggal ( tertanggal sekali kulit yg ingin dibuang, yg telah mati). Perlu di ingatkan , terdapat kes kes di mana clamp ini tak akan tertanggal sendiri, maka kena di tanggal kan secara manual oleh doktor ( baca : sakit ). Dan sebab proses penyembuhannya ialah Secondary Intention, maka proses sembuh agak lambat berbanding Primary Intention ( iaitu teknik freehand = diathermy = laser). Selepas clamp itu tanggal, kena ambil masa 1 – 2 minggu untuk kawasan berkhatan itu betul betul pulih.

OK, dah jelas kan tentang teknik khatan lelaki?
2 teknik tu aje.
Takyah pening pening kepala.
So, sila ambil tahu teknik apa yg di tawarkan apabila anda pergi daftar anak anda utk jalani khatan.
Ramai yg tanya aku, teknik mana yg terbaik.

SECARA PERIBADI ya, aku memilih teknik freehand. Sebab proses sembuhnya lebih cepat, dan mengelak kan kerja dua kali ( dan sakit dua kali), andai clamp tak dapat gugur sendiri. Penjagaan lepas berkhatan pun, lebih senang kalau dijahit( teknik freehand).

Memang kadangkala timbul masalah kecil dalam aspek penjagaan lepas sunat berjahit ni.

Diharapkan dengan perkongsian penuh ilmiah dari seorang doktor bertauliah dapat memberi kefahaman dengan jelas tentang pilihan ibu bapa dalam memilih teknik berkhatan untuk anak anda. Pandangan peribadi tentang teknik pilihan doktor ini tidak boleh dianggap sebagai pendapat secara umum.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini