Durian Akan Dipamerkan Sebagai Makanan Yang Menjijikkan Di ‘Disgusting Food Museum’


Di Malaysia, durian dianggap sebagai raja buah. Baunya saja cukup untuk membuatkan mereka yang gemarkannya tidak tidur malam teringatkannya. Dengan pelbagai pilihan jenis durian pula, ada yang sanggup beratur panjang demi mendapatkan pilihan masing-masing.

Contoh, durian udang merah yang boleh mencecah puluhan ringgit sekilogram apabila permintaan tinggi dikalangan peminat. Itu belum disebut, durian black thorn, durian IOI dan durian musang king.

Namun begitu, walaupun bagi sesetengah orang mungkin menganggap durian itu merupakan buah yang paling enak yang pernah wujud dimuka bumi, wujud sesetengah orang juga yang berfikir sebaliknya.

Contoh mudah, orang barat yang sering melihat durian sebagai buah yang menjijikkan sehingga wujud beberapa video yang menunjukkan situasi mereka ini termuntah apabila cuba memakan buah durian.

Maka, disebabkan wujudnya jurang perbezaan pelbagai jenis citarasa manusia ini, durian kini merupakan antara buah yang makanan yang akan tersenarai untuk dipamerkan di Disgusting Food Museum yang akan diadakan di bandar Malmo, Sweden.

Ianya bakal dipamerkan bersama dengan makanan-makanan “menjijikkan” dari negara-negara lain, termasuklah century egg (telur pitan), zakar lembu, maggot cheese (keju berulat), dan bermacam-macam jenis makanan lagi.

Menurut pihak muzium, Disgusting Food Museum diwujudkan bagi menjemput pelawat untuk meneroka dunia makanan dan mencabar tanggapan mereka sendiri tentang apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak boleh dimakan.

Untuk makluman, muzium ini hanya akan dibuka untuk tempoh masa 3 bulan iaitu dari 29 Oktober sehingga 27 January 2018.

p.s: Adakah ini bermaksud pihak muzium ingin menyampaikan pesanan bahawa durian adalah buah yang “tidak boleh dimakan”? Majoriti kami di OHSEMPOI menolak sekeras-kerasnya kenyataan tersebut kerana kami sememangnya hantu durian. LOL


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini