e-aduan@JPJ Solusi Untuk Membanteras Samseng Jalanan & Pesalah Lalu Lintas


Peluang untuk pengguna jalan raya untuk menjadi spy JPJ bagi menangkap samseng jalanan. Melalui aplikasi JPJ, Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan berkata, melalui aplikasi tersebut orang ramai hanya perlu memuat naik gambar atau video kesalahan jalan raya yang berlaku di depan mereka, selain lokasi dan waktu kesalahan.

Akan tetapi bagi menggunakan aplikasi tersebut, beliau memaklumkan “Orang ramai terlebih dahulu perlu dapatkan ID awam dalam laman sesawang: jpj.gov.my untuk mendaftar di aplikasi berkenaan. Orang ramai juga perlu mengaktifkan sistem kedudukan global (GPS) bagi memudahkan pengesanan lokasi.”

“Aduan yang dibuat perlu lengkap dengan waktu, tempat, video dan gambar bagi memudahkan siasatan dijalankan.”

Dalam pada itu, beliau berkata, JPJ akan melaksanakan Ops Hari Raya Aidilfitri (Ops HRA) 2022 bermula 29 April hingga 8 Mei ini.

Katanya, Ops HRA 2022 akan dilaksanakan melalui pendekatan advokasi serta penguatkuasaan dengan objektif utama memastikan persekitaran jalan raya sentiasa selamat, dan seterusnya menurunkan kadar kemalangan serta kematian di jalan raya.

Aplikasi JPJ Info boleh dimuat turun malalui Google Play store dan Apple App Store secara percuma. Manakala pengguna boleh mendapatkan ID menerusi portal mySIKAP.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini