• 32
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Minggu lalu, Vivo telah mengumumkan secara rasmi edisi terhad Fairy Pink Vivo V11i bakal dijual di Malaysia. V11i yang merupakan sebahagian daripada rangkaian siri Vivo terbaru itu akan mula dijual di seluruh negara mulai 1 November 2018.

Edisi terhad Fairy Pink Vivo V11i ini menampilkan kamera AI yang membantu pengguna menangkap momen gambar-sempurna dalam sebarang senario, membolehkan sesiapa sahaja untuk mengambil foto-foto hebat dengan mudah.Fairy Pink dipilih bukan hanya sekadar pilihan semata. Ia dipilih selaras dengan Pink October sebagai salah satu cara untuk menunjukkan sokongan kepada Kesedaran Penyebab Kanser Payudara.

Fairy Pink merupakan tambahan pilihan warna kepada warna V11i yang sedia ada iaitu Starry Night dan Nebula. Vivo memperkenalkan edisi terhad ini di Malaysia sebagai menunjukkan komitmennya kepada pasaran utamanya di rantau asia tenggara ini. Ini sedikit sebanyak akan mengukuhkan kedudukannya di malaysia.

Edisi terhad Fairy Pink Vivo V11i akan dijual pada harga RM1,299 seunit mulai 1 November 2018.

Baca juga  Vivo V11 Dan Vivo V11i Dilengkapi Fungsi AI

Anda boleh mendapatkan peranti ini di semua kedai konsep Vivo, eStore rasmi Vivo (www.vivostore.com.my) dan platform eCommerce; Lazada, Shopee dan 11street. Ia juga boleh didapati melalui Reseller yang sah mulai 3 November 2018.

Sementara itu, anda boleh layan video ini dulu:

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Vivo Malaysia di Facebook, Instagram, dan Twitter.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  • 32
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini