Ejen Ali: The Movie Dengan Bajet RM5.5 Juta Bakal Menemui Peminat Di Layar Perak

  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mengorak langkah dalam misi membawa nama Malaysia ke mata dunia, kini menerusi filem Ejen Ali: The Movie (boleh lihat trailer diatas), siri animasi tempatan ini bakal menemui peminat-peminat mereka di layar perak. Dengan bajet setinggi RM5.5 juta, filem animasi ini difahamkan akan ditayangkan kepada lebih daripada 13 buah negara termasuk Indonesia.

Memetik kenyataan daripada ketua pegawai eksekutif Wau Animation, Usamah Zaid, kerja-kerja produksi filem Ejen Ali: The Movie ini telah pun dimulakan tahun ini dimana tarikh tayangan telah ditetapkan pada akhir tahun depan.

Menurut beliau juga, sama juga seperti penerbitan siri animasi Ejen Ali, sebahagian daripada kos produksi filem itu datangnya daripada sumber kewangan Wau Animation dan Media Prima, selain turut menyatakan bahawa MDEC (Malaysia Digital Economy Corporation) juga diantara badan korporat yang sama-sama menjadi sebahagian daripada penyedia dana.

Sejujurnya bagi kami di OHSEMPOI, dengan kehadiran filem animasi Ejen Ali: The Movie ini, dapat dilihat bahawa industri animasi tempatan semakin lama semakin rancak dan mendapat tempat dihati penontoh diseluruh negara.

Baca juga  Tom Cruise Lakukan Terjunan HALO Demi Filem Mission: Impossible - Fallout

Diharapkan selepas kejayaan filem ini ditayangkan kelak, akan muncul lagi filem-filem animasi yang lebih hebat dan menarik daripada karya anak tempatan kita sendiri. Pendek kata.. Majulah animasi untuk Malaysia.

Malaysia Boleh!

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

1 komen

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini