Elak En.P Berbau Pelik, 5 Tips Cukur Bulu Kemaluan Yang Lelaki Perlu Tahu.


Berapa kerap anda cukur bulu kemaluan dalam sebulan?

Ada yang bercukur sebulan sekali dan mungkin ada yang 2 bulan sekali pun belum pasti. Euw.. Tidak mengapa, kerana kebanyakan lelaki di Asia tidak memiliki bulu yang banyak berbanding lelaki Arab.

Tahukah anda berapa kekerapan yang ideal untuk cukur bulu kemaluan bagi mengelakkan terkena penyakit? Apakah langkah-langkah selamat yang perlu diambil ketika bercukur?

Untuk info kepada lelaki mahu pun isteri kepada seorang lelaki, antara risiko jangkitan kepada lelaki yang tidak berhati-hati semasa bercukur ialah:

  1. Munculnya virus moluskum kontagiosum
  2. Naik bisul di sekitar kemaluan
  3. Keradangan dan luka kecil
  4. Membuatkan pori kulit lebih mudah terjangkit HIV, Aids, Spilis

Banyak kebaikan sekiranya selalu cukur bulu kemaluan anda, wahai Lelaki. Paling utama, mengelakkan bau-bau hamis dan menjijikkan dari celah kangkang anda..:-) Nak ken malam ‘Jumaat’ anda terganggu akibat bau-bauan ini?

Jadi jangan ingat wanita saja kena mencukur bulu kemaluan, ya! Lelaki pun kena jaga kebersihan di alat sulit juga.

Kebaikan Cukur Bulu Kemaluan Lelaki

  1. Elak bau yang tidak menyenangkan.
  2. Kebersihan di celah peha lebih terjaga.
  3. Kemaluan akan kelihatan lebih besar, bersih dan gagah.
  4. Pasangan akan lebih mudah tertarik.

5 Tips Cukur Bulu Kemaluan.

#1 Pilih pisau cukur berkualiti tinggi- tajam dan bagus.

Pisau cukur yang digunakan untuk cukur bulu kemaluan tidak sama. Gunakan pisau cukur yang berbeza.

Bulu kemaluan berada di tempat sensitif. Berhati-hati. Pisau cukur yang tidak bagus berisiko mencederakan kawasan berdekatan alat sulit anda!

#2 Basuh menggunakan air panas dan sabun

Jangan kangkang dan terus bercukur. Seeloknya, basuh kemaluan terlebih dahulu menggunakan air panas dan sabun.

Jadi, pori-pori kulit terbuka supaya ianya mudah dicukur.

#3 Metod bercukur yang betul. Dari pangkal ke kepala.

Metod yang betul, cukur dari arah bulu iaitu dari pangkal ke kepala anu. Senang sahaja. Ala, potong daging lembu pun ikut urat-urat dia kan?

Jangan lupa cukur juga bulu-bulu di kawasan ‘telur’ kemaluan anda!

#4 Gaya cukuran?

Kalau botakkan kepala boleh pilih saiz mata mesin kan? Satu? Dua?

Sama juga dengan kemaluan. Tepuk dada tanya selera. Ikut keselesaan. Kalau nak cukur botak, gunalah pisau cukur yang tajam dan senang dikawal.

#5 Pakai antiseptik selepas bercukur

Sama seperti proses botakkan kepala, atau cukur kepala.  Letaklah krim antiseptik untuk melegakan kawasan yang dicukur. Basuh bersih-bersih. Jika tidak, kemaluan anda berisiko untuk terkena penyakit kulit. Seksa!

Nota Kaki: Jika masih tidak selesa, jangan sapu losyen! Sapulah bedak bayi atau gel lidah buaya untuk kurangkan ketidakselesaan.

Soalan: Anda lebih suka cukur bulu kemaluan atau sekadar digunting pendek?


2 KOMEN

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini