• 41
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Facebook dilihat sering hadir dengan idea-idea yang bernas bagi menarik minat pengguna untuk terus menggunakan aplikasi mereka. Terbaru, pihak Facebook bakal melancarkan sebuah aplikasi temu janji bagi membantu pengguna mencari jodoh masing-masing.

Tidak seperti aplikasi temu janji dan carian jodoh yang biasa ditemui, aplikasi yang dicipta oleh Facebook ini menawarkan ciri tambahan yang diluar jangkaan norma manusia bilamana pengguna yang menggunakannya boleh membuat tapisan bagi memilih lima jenis jantina yang berbeza merangkumi wanita, wanita trans, lelaki, lelaki trans dan golongan bukan binari.

Bagi mengelakkan berlakunya kes-kes yang tidak diingini, aplikasi ini cuma dikhaskan buat pengguna berumur 18 tahun dan keatas

Walaupun dari satu sudut sosial kewujudan aplikasi ini dilihat dapat secara positif membantu mereka yang kurang aktif bersosial di dunia luar bagi mencari pasangan hidup, namun dari sudut syariat agama pula ia agak terpesong daripada batas agama kerana secara tidak langsung menggalakkan hubungan sejenis yang sememangnya dilarang bagi setiap agama sekali pun.

Baca juga  Awas! Kini PDRM Dapat Jejaki Anda Yang Melayari Laman Pornografi

Buat masa ini masih tiada tarikh rasmi diumumkan tentang pelancaran aplikasi ini. Difahamkan ia akan dilancarkan tidak lama lagi. Apa pendapat anda?

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  • 41
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini