Satu laporan baru mendedahkan bahawa pemilik Facebook, Mark Zuckerberg akan menggabungkan servis penghantaran teks 3 aplikasi popular, Facebook, WhatsApp dan Instagram menjadi satu servis.

Facebook, WhatsApp dan Instagram akan digabung menjadi servis penghantaran teks tunggal pada tahun hadapan.
Tiga aplikasi terbesar ini dijangka mengalami perubahan besar, seperti yang dilaporkan oleh The Sun.
Facebook Messenger, WhatsApp and Instagram, akan tetap dikekalkan menjadi aplikasi tunggal. Yang berbeza, fungsi perbualan akan dikongsi bersama di antara tiga aplikasi ini. Bermakna, pengguna Instagram boleh menghantar teks perbualan menerusi WhatsApp.
Ini bermakna, anda boleh menghantar teks pesanan kepada pengguna Instagram tanpa anda sendiri memiliki akaun Instagram.
Perubahan ini telah didedahkan oleh New York Times dan bakal disahkan oleh pihak Facebook.
Integrasi di antara tiga Aplikasi ini dijangkan lengkap sepenuhnya pada penghujung tahun 2019, atau selewat-lewatnya di awal tahun 2020.
Gabungan ini juga membolehkan ketiga-tiga aplikasi kegemaran ramai ini disokong oleh “end-to-end encryption”, yang mana Instagram tidak memiliki fungsi sebegini sebelum ini.
End-to-end encryption means your message is garbled into gibberish during transit, and can only be read in its true form by the sender and recipient.

Sebelum pergabungan 3 Aplikasi ini bermula, sudah timbul persoalan tentang soal keselamatan data. Semua ini hanya terjawab apabila kerja-kerja pergabungan bakal lengkap pada penghujung tahun ini.
This is quality work regarding the topic! I guess I’ll have to bookmark this page. See my website QN5 for content about Airport Transfer and I hope it gets your seal of approval, too!