Mungkin anda tidak akan percaya dengan apa yang anda sedang baca ini. Bau kentut mampu meningkatkan tahap kesihatan mereka yang menghidunya. Ramai orang menganggap kentut adalah perbuatan yang biadap apabila dilakukan dihadapan orang lain tapi selepas anda membaca hasil kajian yang dilakukan oleh seorang pakar dari Universiti Exeter, mungkin anda tidak lagi berfikir demikian.
Dr. Mark Wood menyatakan bahawa hidrogen sulfida ataupun ‘hydrogen sulphide’ yang terdapat pada gas kentut mungkin dapat menjadi penyelesaian masalah kesihatan pada masa akan datang.
Hidrogen sulfida mungkin berbau busuk, tetapi ia mempunyai pelbagai fungsi yang bermanfaat buat kesihatan. Antaranya termasuk juga merendahkan risiko mengalami penyakit kronik seperti kanser, serangan jantung, strok, mengurangkan risiko mengalami artritis, demensia dan juga dapat mengurangkan penggunaan mitokondria yang membekalkan tenaga kepada saluran darah serta mengurangkan risiko keradangan.
Profesor Matt Whiteman dari Universiti Exeter menyatakan bahawa sel-sel yang mengalami tekanan menyerap masuk enzim untuk membuat hidrogen sulfida yang membuat mitokondria berfungsi untuk bekalkan tenaga pada sel. Jika tidak, sel-sel tersebut akan mati dan meningkatkan risiko keradangan.
Jadi selepas ini anda tidak perlu lagi marahkan mereka yang suka kentut di khalayak ramai. Anggap sahaja bahawa mereka cuba membantu meningkatkan kesihatan anda. Dan sekiranya anda sayangkan pasangan anda, kentut lah sebanyak yang mungkin. Lebih baik lagi di dalam kereta supaya tidak berlaku pembaziran gas Hidrogen sulfida. Hehehe.