Ikea di Malaysia kini mempunyai 3 cawangan iaitu di Damansara, Cheras dan Tebrau. Terbaru adalah Ikea Batu Kawan, Penang yang dijangka akan dibuka kepada umum pada 28 Mac 2019.
Jenama Ikea adalah sebuah jenama antarabangsa dimana ia mempunyai lebih dari 350 cawangan di seluruh dunia semenjak ia dibuka pada tahun 1943 di Sweeden.
Berikut kami kongsikan beberapa fakta menarik tentang Ikea yang belum anda ketahui.
1. Sehingga 31 Ogos 2017, Ikea telah mempunyai 355 cawangan di seluruh dunia.
2. Ikea telah dipasarkan di 29 buah negara di seluruh dunia termasuk Malaysia.
3. Sehingga tahun 2017, Ikea di seluruh dunia telah mencapai 817 million pengunjung.
4. Ikea mempunyai seramai 149,000 orang pekerja diseluruh dunia. 54% daripadanya adalah pekerja perempuan.
5. Ikea membawa masuk purata 2,500 jenis produk baru setiap tahun.
6. Negara yang paling banyak menyumbang kepada penjualan produk Ikea adalah Germany.
7. Billy bookcase merupakan produk terlaris Ikea di seluruh dunia. Dianggarkan setiap 10 saat 1 pembelian Billy bookcase.