•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah atau dikenali juga sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang telah siap sepenuhnya pada Februari 2014. Ia menghubungkan area Batu Kawan ke Batu Maung.

Jambatan yang menelan kos RM 4.5 bilion ini mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.

Terdapat beberapa fakta menarik tentang Jambatan Kedua Pulau Pinang yang mungkin belum pernah disiarkan sebelum ini.

1. Kedalam cerucuk di bahagian tengah jambatan adalah melebihi 200 meter ke dalam dasar laut yang merupakan cerucuk paling dalam di dunia pada ketika pembinaan.

2. Jambatan ini dibina dengan keupayaan untuk menahan gempa bumi sehingga 7.5 magnitud. Walau bagaimanapun, jika berlaku gegaran pada skala 5 magnitud, jambatan ini akan ditutup kepada laluan kenderaan sebagai langkah berjaga-jaga. Namun sehingga kini, tiada gegaran yang pernah direkodkan.

3. Terdapat beberapa lokasi yang ditanda bagi mengukur tahap kelajuan angin yang melintasi jambatan. Sekiranya angin kencang melebihi 25 batu/sesaat direkodkan, maka jambatan akan ditutup kepada laluan kenderaan sebagai langkah keselamatan.

4. Pembahagi jalan yang memisahkan laluan motosikal dan laluan kenderaan besar adalah direkabentuk agar mudah dialihkan. Ia bertujuan sekiranya aliran trafik tinggi dan laluan tersebut boleh dibuka kepada umum sebagai lorong ketiga.

Baca juga  Seorang Paling Muda Seorang Paling Tua.. Selepas 36 Tahun Bertemu Semula

5. Laluan motor yang ada sekarang juga berfungsi sebagai laluan ambulance, bomba serta jentera penyenggaraan.

6. Rekabentuk S curve jambatan ini dibuat atas faktor geological reasons dan safety reasons.

7. Jambatan Kedua Pulau Pinang dibina dengan keupayaan untuk bertahan sehingga 120 tahun.

8. Kawasan bawah jambatan adalah kawasan larangan dan tidak boleh diadakan sebarang aktiviti memancing di kawasan ini. Namun begitu, ia kini menjadi salah satu tempat tumpuan pemancing.

9. Pemandu adalah dilarang berhenti tanpa sebab kecemasan di atas jambatan. Sekiranya anda berhenti di atas jambatan, alarm akan dibunyikan dan arahan meninggalkan kawasan tersebut akan dibuat melalui pembesar suara yang terdapat di atas jambatan.

10. Merupakan satu-satunya jambatan di Malaysia yang mempunyi kawalan cctv sepanjang laluan. Cctv di jambatan ini berkeupayaan untuk zoom sehingga dapat mengenalpasti nombor pendaftaran kenderaan dan pemandu.

11. Plaza Tol jambatan kedua dibina tanpa tiang sokongan dibahagian bawah.

12. Tiada camera perangkap had laju di atas jambatan ini. Walau bagaimanapun terdapat alat pengesan kelajuan yang dipasang bagi tujuan simpanan rekod.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini