Faktor Filem Hantu Kak Limah Berjaya Kutip RM9 Juta Selepas 4 Hari Tayangan


Filem Hantu Kak Limah berjaya memecah rekod sebagai filem tempatan pertama berjaya mengutip kutipan tertinggi RM9juta dalam masa 4 hari tayangan.

Terdahulu HKL mencipta sejarah apabila menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650,00 di hari pembukaan ‘sneak preview’ pada 8 Ogos lalu, sekali gus mengukir kejayaan kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama tayangan.

Filem kelakar nak mati ini diarahkan oleh Mamat Khalid dan dibintangi oleh Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.

Pada pendapat kami, filem Hantu Kak Limah ini tidaklah terlalu sofistikated dengan menggunakan equipment berteknologi tinggi seperti filem-filem lain. Faktor ‘LAWAK SANTAI‘ yang digarap sempurna oleh pengarahnya mampu membuatkan penonton tidak kering gusi semasa menontong filem ini.

HANTU KAK LIMAH

Sesiapa yang sudah menonton filem Hantu Kak Limah ini pasti akan perasan beberapa ‘scene’ diilhamkan oleh filem-filem Allahyarham P.Ramlee seperti ‘babak hantu meniup trompet memanggil geng-geng hantu’ lain. Babak Husin,Yeh, Khuda, Nayan berlari lintang-pukang juga diilhamkan daripada scene daripada filem Kunfu Hustle. Itu pendapat pada pandangan mata kami.

Kami jamin, lebih kurang 110minit tayangan filem Hantu Kak Limah ini, 3/4 daripada masa anda adalah untuk gelak dan ketawa golek-golek. Serius kelakar!

 


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini