•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pernah tak anda melalui fasa tumbesaran si kecil apabila mereka hilang selera makan. Ya, setiap kanak-kanak pasti melalui fasa ini.

Pada usia satu atau dua tahun pasti anda gembira melihat si kecil yang berselera makan. Pada usia begini biasanya badan mereka juga sedikit gempal dan berisi.

Namun apabila menganjak usia 3 tahun ke atas, di sinilah bermula fasa di mana selera makan mereka semakin menurun dan badan semakin kurus. Pada ketika ini, penting bagi anda untuk memastikan anak anda mendapat nutrisi yang mencukupi sama ada melalui makanan atau susu yang diminum.

Tahukan anda bahawa terdapat beberapa faktor yang mungkin menjadi penyebab selera makan mereka hilang.

1. Makan berseorangan
Anak-anak memang tidak suka makan berseorangan. Mereka lebih seronok makan beramai-ramai bersama teman atau adik-beradik.

2. Memilih makanan
Anak-anak kadangkala memilih makanan yang disukai mereka sahaja. Sangat membimbangkan jika makanan yang disukai mereka adalah makanan yang kurang berkhasiat.

3. Tidak sukakan sayur
Ada anak-anak yang tidak gemarkan makanan yang dimasukkan sayur di dalamnya.

4. Kembung perut
Periksa keadaan perut anak anda. Mungkin anak tidak lalu makan kerana mengalami masalah perut kembung dan masuk angin. Perut kembung menyebabkan anak hilang selera makan.

5. Masalah cacing
Masalah cacing akan menyebankan gangguan pada usus dan ini boleh menjadi punca anak kurang selesa sehingga hilang selera makan.

6. Merajuk
Kadang-kadang anak-anak lapar, namun mereka bertegas untuk tidak makan hanya kerana merajuk atau marah dengan ibu bapa. Menolak untuk makan juga salah satu cara mereka menunjukkan protes dan menarik perhatian ibu bapa.

Baca juga  Bila 9 Tanda Ini Muncul, Waktu Untuk Anda Berhenti Kerja Sudah Tiba.

7. Menu yang berulang
Bukan saja anak-anak, orang dewasa juga akan merasa bosan apabila dihidangkan dengan makanan yang sama. Makanan yang berulang jika dipelbagaikan cara hidangan dengan variasi rasa pasti akan lebih menarik.

8. Cara hidangan tidak menarik
Pernah lihat hidangan makanan bento? Cara hidangan ini menarik dan kreatif bagi menarik minat si kecil untuk makan.

9. Masa makan tidak menentu
Apabila masa makan anak tidak diatur secara tetap, ini mungkin menyebabkan anak belum rasa lapar pada masanya. Jika anda biasakan anak anda makan pada waktu yang tetap, lebih mudah untuk membuatkan mereka rasa lapar bila tiba masanya.

10. Leka bermain
Jangan biarkan anak anda terlalu leka bermain sehingga lupa untuk makan. Menangguh makan kerana bermain akan menjadi habit yang kurang sihat menyebabkan mereka sering mengabaikan makan pada waktunya.

11. Sakit gigi
Kadangkala anak-anak mengalami masalah gigi rosak. Periksalah dan bertanyalah jika anak kelihatan tidak selesa dan menolak untuk makan.

12. Terlalu banyak makan ‘junk food’
Kebanyakan junk food yang ada di pasaran mempunyai bahan tambahan yang boleh menyebabkan anak merasa kenyang sementara atau merasa ketagih dengan junk food tersebut berbanding makanan yang lebih berkhasiat yang dihidangkan kepada mereka.

Audit kembali diri anda dan lihat adakah salah satu faktor yang dinyatakan di atas menjadi punca selera makan anak berkurang. Jika anda telah mengetahui puncanya maka anda lebih mudah mengambil tindakan bagi memikat kembali selera makan mereka.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini