Meriah dan penuh warna warni. Penempatan yang baru dibuka di Bangi iaitu Southville City kini meriah dengan fiesta Art & Lights Play pada setiap hari sabtu dan ahad bermula 9 September 2018 dan akan berakhir pada 28 Oktober 2018.
Fiesta yang bermula jam 3 petang sehingga 9 malam ini menyediakan pelbagai permainan dan tarikan yang bertemakan seni dan cahaya lampu berwarna warni.
Pengunjung tidak dikenakan sebarang bayaran bagi mengikuti aktiviti yang dijalankan di sini. Apa yang perlu dilakukan pengunjung adalah mengunjungi kaunter pendaftaran Art & Lights Play yang terletak di dalam pejabat pengurusan Mah Sing yang terletak di situ dan mendaftarkan diri secara atas talian bagi mendapatkan pass percuma untuk seisi keluarga.
Terdapat lebih dari 10 ruangan khas yang disediakan kepada pengunjung untuk bersuka ria dan mengambil gambar antaranya Happy Room, Attack of The Marshmallows Room, Pew Pew Pew Room, That 70’s Room, Just Keep Swimming Room, Hue Room dan banyak lagi.
Pengunjung juga dapat menikmati keindahan taman yang penuh dengan cahaya lampu berwarna-warni.
Art & Lights Play juga menyediakan ruangan santai sambil menikmati makanan yang disediakan oleh food truck yang terdapat di sini.
Jika anda dan keluarga bercadang untuk ke sini, waze sahaja Savanna Boulevard Shops @ Southville City.
Wow…ni bawak anak² sure takmo balik..makpak tumpang sekaki wehhhh