Filem Superhero Dari China Ini Mirip ‘Iron Man’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Produk tiruan cukup sinonim dengan China. Bukan sekadar barangan elektronik, malah keperluan asas seperti beras dan telur juga tidak lari daripada perbuatan ciplak oleh negara komunis ini.

Menjadi isu hangat sejak beberapa hari ini apabila kini terdapat satu syarikat produksi di negara tersebut yang mencetuskan amarah orang ramai apabila mereka hadir dengan satu trailer filem yang menyerupai watak Iron Man.

Menerusi karakter filem lagenda Armored Warfare God: Sun Wukong, kelihatan watak lagenda Sun Wukong memakai suit perisai seakan-akan milik Iron Man. Dapat dilihat juga beberapa babak yang menunjukkan aksi yang hampir sama seperti yang dipaparkan dalam Iron Man.

Menurut kenyataan syarikat produksi filem tersebut, inspirasi untuk menghasilkan filem ini adalah datang daripada filem-filem antarabangsa. Inspirasi tersebut yang tak lain tak bukan ialah Iron Man, dan jika ada yang perasan, kelihatan juga watak seperti karakter GUNDAM.

Sejak ia ditayangkan di Youtube, trailer filem ini menduduki tangga #1 dalam trending terkini. Mari kita tunggu, adakah pihak Marvel akan memberi sebarang maklum balas mengenainya? Kerana kita sedia maklum, kebanyakan syarikat-syarikat di Amerika Syarikat amat menitik beratkan isu harta intelek.

Baca juga  Fakta menarik tentang Ikea yang anda belum tahu.
LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini