FIVE Jenama Stesen Petrol Terbaru Bakal Beroperasi Di Malaysia- China Press.


Satu jenama baru petroleum, FIVE bakal menembusi pasaran Malaysia dengan pembukaan stesen petrol pertama di Malaysia pada bulan depan (Laporan: China Press). Jenama tersebut bakal dikendalikan oleh sebuah syarikat tempatan yang beroperasi di Pahang dan terlibat dalam perniagaan runcit petrol sejak 5 dekad yang lalu.

FIVE bakal menjadi syarikat bebas pertama yang tidak terikat dengan mana-mana organisasi besar lain di dalam perniagaan runcit petrol. Untuk makluman, kumpulan ini juga mewakili BHPetrol, yang turut beroperasi di bawah kendalian dealer, Seng Group.

Laporan China Press tidak menyatakan bilangan Stesen Petrol FIVE yang bakal dilancarkan nanti, termasuklah lokasi dan pembekal petrol. Stesen Petrol FIVE dijangka mula beroperasi pada Mac depan.

Tentang Seng Group.

Ditubuhkan pada tahun 1971, Seng Group bermula di Pahang dan mengendalikan stesen Esso dan Mobil ketika dua jenama ini menjalankan operasi mereka di Malaysia.

Seng Group juga menyediakan servis khidmat nasihat operasi kepada operator stesen petrol termasuklah pembinaan stesen petrol baru.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini