•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Satu perkara yang sering bermain di fikiran kami di OHSEMPOI apabila mengenangkan ibu-bapa yang tinggal berjauhan dengan anak-anak. Bukan menafikan hak kebebasan anak-anak untuk berdikari, tetapi sebenarnya cuma terbayangkan apa yang mungkin berlaku sekiranya terjadi apa-apa kejadian yang tidak diingini kepada kedua ibu bapa semasa ketiadaan anak-anak. Worst case scenario, apabila ibu-bapa yang ditinggalkan berseorangan ini meninggal dunia tanpa pengetahuan sesiapa.

Ini diceritakan sendiri oleh seorang individu bernama Ariff Haikal Mahdi yang bekerja sebagai Forensic MO, apabila beliau kerap ditugaskan untuk menguruskan jasad-jasad warga emas yang telah mula mereput apabila terlalu lama dibiarkan terbiar. Ada diantaranya dimaklumkan telah meninggal seminggu lamanya sehinggakan proses pengecaman sukar untuk dilakukan.

Berkongsi pengalaman sepanjang beliau bertugas sebagai Forensic MO itu, beliau memberi saranan kepada anak-anak yang tinggal jauh daripada ibu bapa supaya memasang online cctv di rumah ibu ayah. Pemasangan tersebut bukanlah bertujuan untuk mengongkong kebebasan ibu bapa, akan tetapi digunakan untuk memantau pergerakan ibu bapa semasa ketiadaan orang disekeliling.

In case mereka terjatuh, pengsan, atau tidak sedarkan diri.. mungkin melalui rakaman online cctv ini kita boleh mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tak dilupakan juga saranan beliau supaya anak-anak mengeluarkan sedikit duit mengupah orang untuk menjaga ibu bapa dirumah. Ini kerana, selain menjaga kebajikan ibu bapa ia sedikit sebanyak dapat mewujudkan komunikasi diantara ibu bapa dengan dunia luar, so that kemungkinan berlakunya kematian tanpa diketahui oleh sesiapa dapat dielakkan.

Kemudian beliau ada berkongsi lagi tentang info berkenaan dengan bidang forensic dimana pencarian punca kematian adalah sukar sekiranya identiti jasad tidak dapat dikenalpasti, terutamanya bagi kes individu yang telah lama meninggal. Ini kerana kadang-kala fizikal si mati yang telah berulat, maka pengecaman tidak dapat dibuat.

Proses pengecaman dan mengenalpasti identiti ini terbahagi kepada beberapa cara (ini dikhususkan kepada kes jasad yang telah reput), iaitu:

  1. Cap Jari
  2. Rekod Gigi
  3. Rekod Implant
  4. DNA
Baca juga  Fakta menarik tentang Ikea yang anda belum tahu.

Cap jari digunakan sekiranya proses pengecaman wajah tidak dapat dilakukan, sebagai contoh muka telah hancur dimakan ulat. Begitu juga kepada rekod gigi atau implant yang akan digunakan sekiranya cap jari hilang atau tidak dapat dikesan, atau pemeriksaan DNA yang akan dilakukan sekiranya kesemua cara sebelumnya menemui jalan buntu.

Namun perlu diketahui bahawa keputusan pemeriksaan DNA bukanlah sesuatu yang boleh diperolehi dalam masa yang singkat, adakalanya ia mengambil masa berbulan-bulan dimana dalam masa yang sama ia sedikit sebanyak akan turut menyukarkan pihak yang terlibat untuk menguruskan pengebumian jasad.

Maka disebabkan itu, Ariff Haikal didalam laman Twitter beliau turut melontarkan idea bagi persiapan untuk memudahkan urusan pengecaman sekiranya kejadian “mati terbiar” ini berlaku dalam dikalangan kita sendiri.

  1. Simpan cap jari. Ini adalah proses yang mudah dimana anda hanya perlu menekan jari diatas stamp pad, kemudian menekapkan jari anda itu diatas sekeping kertas. Kertas ini disimpan untuk tujuan rekod.
  2. Buat rekod gigi lengkap. Cara ini boleh dibuat dimana-mana klinik kerajaan ataupun klinik swasta. Namun begitu, 1 rekod sudah memadai dimana kesemua maklumat tentang gigi direkodkan seperti gigi mana yang dicabut, gigi mana ditampal dan sebagainya. Rekod ini akan digunakan sebagai backup kepada cap jari kerana jari kadang-kadang boleh putus atau hilang, tetapi rekod gigi agak sukar hilang melainkan kepala si mati yang hilang.
  3. Dan yang ketiga, simpan rekod implant. Ini adalah cara alternatif kepada kita dimana sebagai contoh bagi mereka yang pernah membuat implant besi contohnya; nombor siri yang terdapat pada besi yang dipasang mempunyai rekod peribadi empunya yang menggunakannya dan ia boleh dijadikan rujukan yang sangat penting.

Perkongsian ini bermanfaat? Jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan atau saudara-mara juga ya.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini