• 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Seni fotografi telah mengalami transformasi yang begitu pesat seiring dengan perkembangan teknologi bagi sesebuah telefon pintar. Perkembangan terbaru apabila sesebuah telefon pintar itu kini mampu menambah seri sesuatu gambar melalui penggunaan teknologi pintar AI. Seperti mana yang kita ketahui, dengan penggunaan AI dalam sesebuah kamera, sesuatu gambar yang dihasilkan mampu menjanjikan karya fotografi yang lebih baik.

Teknologi AI dari segi teorinya bukan sahaja dapat mengenal pasti tetapan mana yang diperlukan dalam sesuatu senario dengan cepat, malah dalam masa yang sama ia turut membolehkan seseorang jurugambar walaupun masih diperingkat amatur untuk mengacu lensa pada bila-bila masa saja bagi mengambil gambar dengan momen yang cukup tepat.

Kredit foto Victor Ng

Fasa peralihan kuantum dalam sains kamera ini dalam satu erti kata lain adalah, pengguna kini tidak lagi memerlukan peralatan kamera profesional yang canggih bagi menghasilkan sesebuah gambar yang berkualiti tinggi.

Malah bagi jenama Vivo sendiri, mereka dengan cepat menyesuaikan diri dengan keperluan pengguna dengan ciptaan terbaru mereka iaitu Vivo V11. Seperti yang telah diceritakan sebelum ini, walaupun telefon pintar Vivo V11 ini adalah dikategorikan sebagai telefon kelas pertengahan, ia masih mampu menggabungkan teknologi AI didalam fungsi kameranya dimana ia sekaligus menyelesaikan permasalahan yang sangat spesifik yang mungkin dihadapi oleh pengguna semasa mengambil gambar – seperti pencahayaan yang buruk, pendedahan yang kurang baik atau fokus yang tidak betul kepada satu hasil gambar yang menarik dengan satu klik yang mudah sahaja.

Ubah pencahayaan gambar dengan lebih mudah

Mengambil gambar potret dengan berlatar-belakangkan cahaya selalunya akan menghasilkan gambar yang mengerikan sekiranya tidak dilakukan dengan betul. Bayangkan didalam satu situasi apabila seseorang itu sedang berjalan dipesisir pantai ketika matahari sedang terbenam dan beliau ingin merakamkan momen tersebut menerusi paparan belakang matahari yang sedang terbenam, tetapi secara realitinya beliau tidak mampu mendapatkan gambaran wajah yang jelas kerana pencahayaannya yang kurang baik

Senario ini juga dilihat agak mencabar walaupun untuk seorang jurugambar profesional, tetapi dalam situasi lain ia dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya gambar dirakamkan menggunakan telefon pintar berfungsikan AI seperti Vivo V11.

Bukan itu sahaja, ciri-ciri yang lain seperti HDR Backlight AI dan AI Low Light Mode yang membolehkan telefon pintar menyesuaikan pencahayaan secara automatik mengikut tetapan dan subjek foto juga membantu pengguna untuk tidak terlepas momen yang penting. Algoritma AI yang ditonjolkan melalui telefon pintar Vivo V11 ini pendek kata adalah pemangkin utama yang memperkasa ciri-ciri ini.

Baca juga  Proton X70 Boleh Ditempah Secara Dalam Talian Mulai Hari Ini

Dengan menggunakan mod HDR Backlight AI, seseorang itu boleh menangkap sehingga 6 frame gambar yang berbeza, membetulkan pendedahan yang tidak sekata, kemudiannya ianya digabungkan supaya menjadi satu gambar yang sempurna.

Algoritma AI yang terdapat pada Vivo V11 juga akan memastikan bahawa AI Low Light Mode dapat menggabungkan beberapa frame gambar yang berbeza dengan bijak. Ini kerana frame yang digabungkan akan mempunyai lebih banyak perincian gambar sekaligus mengurangkan noise ketika gambar dirakamkan dalam keadaan cahaya yang rendah – menjadikan gambar menarik dan jelas.

Tetapan rumit fotografi tidak lagi diperlukan

Bagi mereka yang ingin mula menceburkan diri dalam bidang fotografi, pembelajaran kaedah serta tetapan peralatan kamera kadang kala merupakan satu proses yang merumitkan. Akan tetapi, ia adalah perkara mudah sahaja bagi Vivo V11.

Ini kerana dengan kehadiran fungsi AI didalam telefon pintar ini, ia dengan mudah membantu pengguna untuk mendapatkan tetapan yang optimum untuk bagi gambar yang dirakamkan, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Apa yang perlu dilakukan oleh pengguna hanyalah dengan mengacu lensa, seterusnya kamera dengan cepat akan mengenalpasti scene yang bersesuaian kemudian memasukkan tetapan yang diperlukan.

Kredit foto Victor Ng
Kredit foto Victor Ng

Untuk lebih menyerlahkan kecantikan sesebuah gambar, V11 juga dilengkapi dengan Framing Potret AI yang secara automatik memberikan cadangan komposisi terbaik pemandangan sesebuah gambar – yang mana ianya memberi arahan kepada pengguna untuk mengubah kedudukan telefon sekiranya gambar diambil dalam keadaan senget atau tidak seimbang.

Kredit foto Victor Ng
Kredit foto Victor Ng

Dengan bantuan ciri-ciri premium AI yang ada pada kamera Vivo V11, nampaknya proses mengambil gambar kini menjadi lebih mudah. Walaupun hanya menggunakan peranti sebesar tapak tangan anda, namun keupayaan kamera utamanya sebesar 12MP (dengan 24 juta unit sensitif) dan kamera sekunder sebesar 5MP, akan memastikan gambar yang dihasilkan menjadi lebih jitu. Begitu juga dengan kamera hadapan bersaiz 25MP resolusi tinggi, yang dalam masa yang sama akan memastikan setiap selfie yang diambil akan lebih memukau.

Untuk maklumat lanjut,anda boleh layari laman rasmi Facebook Vivo Malaysia atau layari laman web rasmi Vivo Malaysia.

Kredit foto Victor Ng
LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  • 2
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini