Gaji Minima RM2500 Di KLCC Bermula 1 Mei


Tinggal beberapa hari lagi sebelum tibanya 1 Mei 2022, dimana gaji minima RM1,500 akan dilaksanakan.
Menyahut saranan kerajaan itu, pada 26 April 2022, pihak Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) telah mengumumkan bahawa mereka akan menyahut saranan itu akan tetapi dengan kelebihan kepada para pekerja sepenuh masa mereka apabila gaji minimum mereka adalah sebanyak RM2,500.

Kadar peningkatan gaji yang baru ini adalah selari dengan peningkatan kos sara hidup di Kuala Lumpur. Ia juga mengambil faktor pelbagai aktiviti kembali bergerak aktif seperti biasa semula yang dinikmati oleh rakyat selepas memasuki fasa endemik, dan KLCC sendiri buat masa ini menyasarkan untuk menyediakan ruangan mereka kepada sehingga 117 acara sehingga Disember 2022 kelak.

Sebelum ini, keputusan kerajaan telah mengatakan gaji minima untuk pekerja akan ditetapkan kepada RM1,500 dan masih akan dilaksanakan bermula 1 Mei 2022 kelak.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini