Semakin dekat dengan tarikh tayangan Avengers 4, kini muncul satu lagi gambar yang boleh dikaitkan dengan jalan cerita yang semakin menarik. Jika sebelum ini didalam Avengers 3 kita dapat melihat Pepper Potts menerima satu kuasa luar biasa hasil daripada eksperimen sains Aldrich Killian.

Namun melalui gambar selfie yang dikongsikan oleh pelakon Pepper Potts itu sendiri, Gwyneth Paltrow, beliau dilihat mengenakan baju perisai Iron Man yang disesuaikan dengan saiz seorang perempuan yang berwarna biru perak.

Gambar ini yang dipercayai diambil ketika berada di set penggambaran filem Avengers, sedikit sebanyak meningkatkan lagi perasaan teruja peminat-peminat filem sekuel ini dimana lebih ramai diantara pengkaji filem ini yang akan mengeluarkan teori – sekaligus memberi gambaran juga bahawa Pepper Potts akan menyertai pasukan The Avengers untuk berjuang menentang Thanos.

Di dalam komik, baju perisai Iron Man versi wanita itu diberi kod nama MK 1616, dimana ianya adalah rekaan baju perisai oleh Tony Stark yang dibuat khas untuk insan tersayangnya itu. Fungsi utamanya adalah untuk memberi perlindungan kepada Pepper Pott dimana dalam masa yang sama ianya juga bertindak sebagai penyelamat sekiranya bantuan diperlukan.

Baca juga  DBKL Sediakan Rumah Sewa Semurah RM100 Sebulan Untuk Penyewa Bujang

Beberapa hari lalu, tular tentang sebuah video yang kononnya merupakan trailer awal kepada filem Avengers 4. Melalui video tersebut kita dapat melihat tajuk kepada Avengers 4 ialah Avengers: Annihilation.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini