•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Negara Malaysia Amat sinonim dengan makanan. Cuba tanya pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia, apa yang mereka suka tentang Malaysia. Mesti ‘pelbagai jenis makanan’ akan ada dalam senarai jawapan mereka.

Kita juga mempunyai chef-chef yang hebat dalam penyediaan menu makanan ini.

Ini terbukti apabila 4 orang chef daripada Malaysia Berjaya menggondol tempat yang pertama dalam pertandingan peringkat dunia World Pastry Cup.

Mereka terdiri yang daripada Chef Patrick Siau, yang juga jurulatih, Chef Tan Wei Loon, Chef Otto Tay dan Chef Loi Ming Ai, sebelum telah memenangi Asia Pastry Cup, pada April tahun lepas.

Ini sedikit sebanyak membuktikan gelaran Malaysia sebagai syurga makanan itu Amat tepat.

Dalam peringkat akhir pada Isnin lalu, mereka telah berjaya mengalahkan 21 chef lain dari seluruh dunia, dengan beberapa juadah pencuci mulut mereka yang bertemakan coklat dan buah-buahan.

Berikut adalah antara menu-menu yang membawa kepada kemenangan mereka:

Tengok gambar pun dah rasa teruja nak cuba..!

Baca juga  Ini Adalah Trailer Rasmi Pertama John Wick: Chapter 3 – Parabellum

Tempat kedua dan ketiga pada pertandingan itu dimenangi peserta dari Jepun dan Itali.

World Pastry Cup merupakan acara antarabangsa yang diadakan setiap dua tahun di Lyon, Perancis. Edisi tahun ini merupakan edisi ke 30 penganjurannya.

Ia diadakan untuk mengenal pasti bakat pastri muda terbaik dari seluruh dunia, dengan proses pemilihan yang melibatkan lebih daripada 50 pusingan kebangsaan dan empat peringkat pemilihan di Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Latin.

LIKE dan FOLLOW Ohsempoi untuk update terkini di FacebookTwitter serta Telegram.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini