Gerhana Bulan Penuh Paling Lama Abad Ini Dan Cara Solat Sunat Gerhana Bulan

Total lunar eclipse coming up on 4 April and 28 September 2015

Fenomena gerhana bulan 2018

Gerhana bulan dijangka bakal berlaku lagi pada 28 Julai 2018 iaitu pada Awal pagi hari Sabtu (besok). Ia dijangka bermula pada pukul 2.25 pagi dan berlarutan sehingga jam 6.19 pagi. Fenomena ini akan dapat dilihat oleh orang ramai di seluruh Malaysia pada waktu tersebut.

Gerhana bulan berlaku apabila bulan berlalu dalam umbra bumi (bayang-bayang). Apabila gerhana bermula, bayang-bayang bumi mula menggelapkan sedikit permukaan bulan.Kemudian bayang-bayang tersebut mula menutupi sebahagian daripada bulan , mengubahnya menjadi warna merah-coklat gelap.

Gambarajah bagaimana Gerhana Bulan berlaku pada 31 Januari yang lalu

Fasa Gerhana Penuh akan berlangsung selama satu jam 42 minit dan tempoh ini menjadikannya Gerhana Bulan Penuh paling lama bagi abad ke-21 (2001 – 2100). Tempoh paling lama bagi Gerhana Bulan Penuh boleh berlaku adalah selama 1 jam 47 minit.

Berikut adalah fasa Gerhana Bulan Epnuh dan waktu kejadian

1. Fasa awal penumbra : 01:14 pagi
2. Fasa awal umbra: 02:24 pagi
3. Fasa awal gerhana penuh: 03:30 pagi
4. Kemuncak gerhana penuh: 04:21 pagi
5. Fasa akhir umbra: 06:19 pagi
6. Fasa akhir penumbra: 07:28 pagi

Rakyat digalakkan untuk menyaksikan fenomena alam ini dan masyarakat Islam digalakkan untuk mendirikan solat sunat gerhana bulan serta mendengar khutbah gerhana di masjiddan surau yang berhampiran.

Masjid Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan akan mengadakan majlis solat sunat gerhana bulan
hebahan daripada Pejabat mufti Negeri Sembilan

Cara Solat Sunat Gerhana Bulan

Berikut adalah tatacara Solat Sunat Gerhana Bulan

LAFAZ NIAT

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
“Sahaja aku Solat Sunat Gerhana Bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

CARA SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

Solat Sunat ini didirikan sebanyak 2 rakaat. Walaupun solat sunat ini dikira 2 rakaat tetapi cara pelaksaannya adalah sedikit berbeza daripada solat sunat lain yang biasa kita buat.
Bezanya adalah ia mempunyai 4 al-Fatihah , 4 Ruku’ dan 4 sujud dalam 2 rakaat tersebut.
Berikut adalah cara Solat Sunat Gerhana Bulan yang lengkap mengikut rakaat.

Rakaat Pertama

1. Takbiratul Ihram
2. Membaca doa Iftitah
3. Membaca surah al-Fatihah
4. Membaca surah al-Baqarah (atau mana-mana surah)
5. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 100 ayat)
6. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
7. Membaca surah Ali-lmran (atau mana-mana surah)
8. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 90 ayat)
9. Iktidal
10. Sujud dan membaca tasbih
11. Duduk antara dua sujud
12. Sujud kembali
13. Berdiri untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1. Membaca surah al-Fatihah
2. Membaca surah al-Nisa’ (atau mana-mana surah)
3. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 70 ayat)
4. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca surah al-Maidah (atau mana-mana surah)
6. Ruku dan membaca tasbih (kira-kira 50 ayat)
7. Iktidal
8. Sujud dan membaca tasbih
9. Duduk antara dua sujud
10. Sujud kembali
11. Membaca tasyahud akhir
12. Memberi salam

illustrasi solat sunat gerhana bulan

*Sunat mengadakan 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.

NOTA TAMBAHAN

i) Jika solat berjemaah – Apabila makmum tertinggal ruku’ yang pertama sama ada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, dia dikira tidak mendapat rakaat itu. Maka, dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.

ii) Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, Solat Sunat Gerhana Bulan juga boleh dilakukan seperti biasa (hanya sekali ruku’ dalam setiap rakaat) seperti solat biasa tanpa memanjangkannya. Walaupun sah, namun cara ini tidak digalakkan kerana berlainan daripada perbuatan Nabi.


TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Sila masukkan komen anda
Sila masukkan nama anda disini